•••

198 16 6
                                    

...

Diari itu di tutup oleh Rudy setelah selesai menulis.

"Tak buat video ke?" Ali pula bersuara,dia teringin ada kenangan projek mereka.

"Hmm..guna handphone jelah."jawab Zass,lalu dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Beberapa keping gambar dan video pendek mereka bersama di warung itu diambil.

Usai makan,mereka meneruskan perjalanan ke rumah banglo itu. Setelah mengharungi jalan bersemak samun,akhirnya mereka sampai di hadapan pintu besar rumah banglo itu.

Zass turun dari kereta,diikuti oleh Rudy dan Victor. Semak samun di kawasan rumah itu sudah separas lutut mereka.

Pintu besar itu di teliti.

"Tak kunci!"jerit Zass kepada rakan rakannya.

Pintu itu dibuka perlahan oleh Zass,dibantu oleh Victor. Ali memandu kereta masuk ke perkarangan rumah. Apabila kereta sudah memasuki kawasan rumah,Zass dan Victor menutup kembali pintu besar itu.

Enjin kereta dimatikan. Ali keluar dari kereta sambil berdiri di hadapan rumah,memandang tepat binaan bangunan mewah yang tampak usang dan menyeramkan.

"Vic,ambik video kita semua,"arah Zass, teruja. Dia tidak mahu terlepas detik detik yang tidak boleh dilupakan mereka.

Terkocoh-kocoh Victor mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluarnya. Dari satu sudut ke satu sudut dia mengambil gambar. Kemudian video pula dirakam.

Mereka berempat seiring menuju ke pintu rumah mewah itu. Victor masih merakam detik detik indah mereka bersama.

Krreeeeeaaaakkkkkk.....

Pintu itu dibuka. Kelihatan di dalam rumah itu berhabuk tetapi barang barangnya tersusun rapi. Kerusi sofa dan meja ditutup dengan kain putih. Zass menyelak kain putih itu. Habuk halus berterbangan,namun sofa itu tidak berhabuk.

"Woah,sofa ni elok lagi. Kita boleh tido dalam ni jelah. Tak payah Nak berkhemah di luar." Zass menyuarakan pendapat.

""Betul juga tu. I rasa pun macam tu,lebih selamat maa..." Victor mentokong cadangan Zass.

Mereka berempat menerokai selok belok rumah mewah itu dari satu bilik ke satu bilik. Barang barang di dalam bilik masih tersusun rapi. Ada gambar keluarga tergantung di bilik utama. Dari gambar itu,jelas kelihatan kebahagiaan keluarga mereka.

Barang yang dibawa mereka semuanya diletakkan di ruang tamu. Rudy pula sibuk mengeluarkan diari merahnya,lalu membuat catatan.

3:00 petang - Kami sudah meninjau di setiap pelosok rumah ini. Semuanya masih tersusun rapi. Keadaan rumah masih dalam keadaan baik. Kami bercadang untuk duduk bermalam di dalam rumah sahaja atas faktor keselamatan.

Victor selaku juru kamera kami,manakala Ali,Zass dan aku selaku penyelidik. Ha..ha..ha..Rasa macam penyiasat hebat pula. Tak sabar menanti Malam. Adakah kami akan dapat apa yang kami?...








Bersambung~
Guyz i need you pendapats!!!
Note: VOTE COMMENT and FOLLOW!!!

Diari 1 Malam [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now