••••• [END]

200 15 3
                                    

"Anak,bangun nak"suara seorang wanita yang tua menerpa deria pendengarannya.

Ali cuba membuka matanya,terasa sangat berat dan payah. Perlahan-lahan matanya dibuka,masih dalam keadaan Samar. Dalam kabur,dia melihat dua orang dihadapannya sedang memandangnya dengan wajah yang tampak risau.

"Alhamdulillah! Sedari dah dia.''suara lelaki pula kedengaran.

Ali Masih terkebil-kebil cuba mengecam. Matanya masih kabur. Setelah beberapa minit,akhirnya dia dapat melihat dengan jelas. Dirinya berada di tempat lain,di dalam sebuah rumah yang binaannya diperbuat daripada kayu.

Bingkas Ali bangun dan berundur sedikit. Dia mula teringat akan peristiwa sebelum ini. Malah,lebih mengejutkan di hadapannya kini, ialah nenek warung itu bersama seorang lelaki yang turut sudah berumur.

"Jangan takut,nenek tak usik kamu,"tegur nenek tua itu apabila Ali memandangnya dengan wajah berwaswas.

"Saya di mana?"soal Ali,keliru.

"Di pondok nenek,"jawab di nenek ringkas.

"Mana mereka?"tanya Ali.

"Kawan-kawan kamu?"tanya nenek itu,cuba mendapatkan kepastian.

"Ya!"

"Mati!"jawab si nenek,pendek dengan wajahnya berubah muram dan sayu.

"Apa? Tapi kenapa? Saya nak balik! Panggil polis!"bentak Ali.

"Pergilah. Tapi bacalah nota rakan rakan kamu tu."nenek itu menunjuk ke arah diari berwarna merah itu.

Diari itu dipandang sayu oleh lelaki muda tersebut. Diari itu adalah catatan yang di tulis oleh Rudy untuk aktiviti cuti penggal mereka. Diari itu diambil,lalu helaian pertama diselak.

1 MALAM

16/06/2006
Hari ini kami berempat akan pergi ke rumah banglo untuk mencari makhluk ghaib. Tapi sebenarnya mereka sudah bersama kami. Adakah kawan-kawanku perasan? Tiada apa yang perlu dipersoalkan lagi. Diari 1 malam ini adalah diari terakhir untuk mereka sebenarnya!

Mereka berempat sudah mula bergerak Dari tempat tinggal mereka. Ali adalah seorang yang sangat cermat dan berhati. Tetapi dia mudah percaya orang. Zass pula adalah seorang yang sangat memegang pada kepercayaan sains. Mudah untuk menjeratnya ke dalam dunia misteri. Victor adalah seorang yang sangat menghormati orang lain,namun dia terlalu penakut. Jiwanya mudah dikawal dan senang untuk dikawal.

Rudy?

Itu adalah diri aku sendiri. Tidak perlulah kenal aku.

Sepanjang perjalanan,Ali hanya tidur dan menunggu untuk sampai ke destinasi. Kami berhenti makan di sebuah warung. Nenek tua pekerja warung ini,macam pernah aku kembali. Tetapi aku abaikan sahaja,dia bukan penting untuk misi aku.

Selepas waktu maghrib,gangguan pertama akan muncul dengan bunyi besi jauh ke lantai. Kemudian mereka akan diganggu oleh pocong. Sewaktu memeriksa kawasan bilik,Zass pula akan hilang sewaktu keadaan menjadi panik. Jeritan Dari dapur menyebabkan mereka akan lari untuk menyelamatkan diri. Tetapi akan aku Cuba tenangkan keadaan. Di bilik belakang,akan kelihatan mayat Zass sudah terburai perutnya.

Victor akan lemah semangatnya dan bakal dirasuk lalu memakan paku-paku yang sudah disediakan. Ali akan lari dan di kejar oleh makhluk tidak berkepala. Aku akan beritahu pintu belakang,di mana giliran Ali akan mati di situ.

Mayat Ali akan dirobek-robek,organ dalamannya akan kusajikan kepada makhluk-makhluk ini. Dan akhirnya kehilangan mereka menjadi misteri.

Seperti kehilangan mangsa lalu.....

                                                 •••••••

Ali termenung,diari merah ini sudah tertulis apa yang terjadi, padahal dia nampak Rudy menulis hanya baru dia kali. Dia memandang ke arah nenek itu untuk mendapatkan kepastian dan jawapan.

"Apa yang tertulis itu adalah apa yang bakal terjadi kepada kamu dan rakan rakan kamu yang lain."ujar nenek itu dengan tenang.

"Tapi kenapa? Rudy tu kawan kami!"suara Ali kini bergetar.

"Rudy sebenarnya tidak pergi,kamu telah meninggalkannya." balas nenek itu lagi.

"Tapi--macam mana Saya nak balik?"

"Lihatlah di sana." Si nenek menunjuk ke arah luar tingkap.

Ali bangun lalu melihat ke luar. Rumah yang dia duduki sekarang,berhadapan dengan rumah banglo itu. Malah sangat dekat. Kelihatan anggota polis dan pemyelamat menuju kawasan rumah itu. Apa yang mereka cari tidak diketahui. Ali berlari keluar rumah dengan berkaki ayam.

Dia ingin memberitahu pihak polis dan penyelamat,namun sebaik sampai di tempat kejadian tiada seorang pun yang dapat melihatnya. Puas dia menjerit dan melambai, namun tiada siapa menyedarinya.

Kelihatan Rudy,rakannya sedang duduk sayu di kawasan rumah bersama anggota polis.

"Rudy!''jerit Ali. Namun,tidak diendahkan oleh rakannya itu.

"Dia tidak akan nampak kamu,kerana kami berada di alam lain!" tiba-tiba nenek itu berada di sisinya.

"Maksud nenek?"

"Kita berbeza Alam dengan mereka. Kamu sudah selamat. Cuma jalan pulangnya tiada."

"Siapa nenek sebernanya?"

"Kamu baca artikel tentang rumah banglo itu kan? Siapa yang hilang sewaktu ketika dahulu? Nanti kamu akan dapat jawapannya," balas si nenek sambil berlalu pergi.

Ali terdiam mendengar jawapan daripada si nenek,namun dia tidak tahu bagaimana mahu pulang. Ali memandang ke belakang,melihat si nenek berjalan perlahan menuju ke pondoknya.

"Nenek, tunggu!"jerit Ali sambil berlari ke arah nenek itu.

                                               ••••••••

Semenjakhari itu,Ali tidak dapat balik ke alam nyata. Namun,dia masih mencari Jalan pulang. Sampai bila dia akan duduk di situ? Mayat Victor dan Zass masih tidak diketahui mana.

Suatu hari nanti akan ku kembali!....

Ali menulis kata-kata itu di dalam diari merah yang diberikan oleh si nenek tersebut kepadanya.









Tamat~~
Endingnya yang hambar ಠ_ಠ
Dengan tidak rasminya citer ini melabuhkan tirainya...
Jumpa lagi kat buku yang akan datang!
Tolong tunjuk penghargaan anda dengan menekan VOTE COMMENT and FOLLOW!!!!!
Jumpa lagi!

Diari 1 Malam [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now