■💎■
—Author's Pov
" tak guna punya boram~"
" kalau aku dapat engkau , memang tulang engkau aku patah-patah kan biar mampus dekat muka bumi ni .. Hesy , sakit hati betul .. Tak sangka aku dapat kawan macam tu , hanat " terkumat-kamit mulut seola menyumpah seranah akan kawan rapat dia selama ni but now dia adalah enemy seola sekarang . Keadaan seola tidak beberapa normal lagi , dengan keadaan yang mabuk teruk berjalan terhuyung-hayang ditengah-tengah bunga-bunga sakura yang berada disisinya . Manakala tangannya masih mengenggam erat botol soju yang diminum olehnya .
Hari sudah masuk ke larut malam , seola masih belum pulang lagi . Di suasana ini hanya dia seorang sahaja yang berada . Walaupun keadaannya yang mabuk teruk , seola cuba berjalan melintasi kawasan bunga-bunga sakura . Nasib tempat ni tak gelap sebab ada bantuan sumber cahaya yang menerangi jalannya .
Seola berjalan-jalan terhuyung-hayang sehinggalah dia mahu saja melanggar lampu jalan dekat situ namun sempat ada seseorang menarik lengannya membuatkan automatik diri seola masuk ke dalam dekapan seseorang .
" cik , gwenchana ?" tanya orang itu sambil dia memandang wajah redup seola . Kelihatan wajahnya sudah merah teruk .
" cik mabuk ni .. " katanya dengan penuh kerisauan .
" ah , lantaklah ...saya nak balik sekarang .. Sana " seola menolak tubuh lelaki itu supaya memberi laluan kepadanya . Lelaki itu memandang seola yang terhuyung-hayang menghayun langkah . Dia menggeleng kepalanya lalu terus memeluk pinggang seola dengan niat untuk membantu gadis itu jalan .
Seola berhenti berjalan , wajah lelaki disebelahnya dia pandang lama sebelum membuka mulut . " waeyo ? Kenapa awak tolong saya ? Saya rasa awak tak perlu nak tolong saya .. Saya boleh jalan sendiri . Awak jangan susah-susahkan diri .. " kata seola dalam nada kurang jelas . Dia menolak tubuh lelaki itu untuk berjauhan denganya .
" awak mabuk ni ... " katanya sambil merampas botol soju yang setia dipegang oleh seola.
" yah —" seola cuba untuk mengambil botol soju miliknya namun lelaki itu menghalangnya . Dia menggeleng kepala tidak membenarkan seola mengambilnya . Sudahlah mabuk teruk lepastu nak minum lagi , memang sampai esok tak sedar-sedar ." sudah , mari saya teman awak balik .. Lagipun hari dah lewat malam , bahaya tahu tak.. " dia menawarkan dirinya untuk menemani seola pulang.
" huh—awak jauh beza dengan asahi , orang macam nilah yang saya suk—" belum habis melengkap ayatnya , sekelip mata pandangan seola menjadi gelap gelita . Sempat lelaki itu menyambut tubuh seola yang hampir terjatuh ." Cik .. Cik .. Ireona "lelaki itu mengocangkan tubuh milik seola namun langsung tiada sebarang gerak balas seola , lelaki itu melepaskan keluhan berat . Mungkin gadis ni pengsan sebab banyak sangat minum .
■💎■
—seola's Pov
" woof~woof~"
Terus aku terjaga daripada tidur disaat gegendang telinga milik aku ni tertangkap pada suara anjing yang sedang menyalak dekat sebelah aku ni . Hairan , entah masa bila pula aku pengliharaan anjing ni , setahu aku unnie misu hanya pengliharaan kucing je . Tapi asal aneh sangat ni .. Ke aku tersalah dengar ni ..
" woof~woof~ " terus anak mata aku terbeliak luas , apa benda kucing bunyi anjing ni ? Apabila kelopak mata dibuka , kelihatan aku sekarang berada disebuah bilik yang nampak sangat aneh , ya ini bukanlah bilik aku . Bilik berdinding kelabu manakal bilik aku warna biru .. Wait , apasal aku bilik aku ni penuh dengan barang-barang lelaki ? Takkan aku jadi lelaki pula ni ?
Sekeliling bilik yang aku berada sekarang dipandang hairan dan pelik . Aku pindah rumah ke apa ni ? Memang ni bukan bilik kesayangan aku , dengan hiasan yang lain dari yang lain .
" woof ~woof " seekor anjing berbulu putih duduk diam atas peha aku sambil dia menyalak tak habis-habis . Ni bukan kitty...
" eo ? Eodi-eo ? " dahi dikerut pelik . Perasaan ingin tahu mulai menbuak didalam hati aku ni . Sesiapa boleh tak tolong explain , aku berada dekat mana ni ?
Kruk~
Lantas anak mata aku tertangkap pada daun pintu yang telah dikuak oleh seseorang . Kelihatan ada seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu sambil tangannya memegang dulang yang terdapat mangkuk . Apabila aku memandang wajah lelaki itu terus ingatan aku teringat akan sesuatu .
" teume "
Hampir terbeliak anak mata aku dek terkejut apabila teringat yang dia tu adalah lelaki yang aku nampak dekat han river semalam . Dan patutlah anjing ni aku macam pernah nampak je .. Lelaki itu menghampiri ke arah aku sambil bibirnya mengukirkan senyuman manis .
" awak dah sedar .. " katanya yang sedang meletakkan dulang di atas meja kopi . Aku pandang gerak geri lelaki itu dengan keadaan tercengang .
" Ah , semalam awak mabuk jadi saya bawa lah awak balik rumah saya .. Sebab saya tak tahu rumah awak , mianhae " jelasnya dengan nada kekok dan janggal , ya aku pun janggal juga seperti dimana aku dengan asahi . Herh—tapi sekarang sudah tiadalah aku dengan asahi lagi . Semalam kan dia minta putus buat apa nak dikenang lagi kan .
" ah , saya yang patut minta maaf dekat awak .. " kata aku sambil menggigit bibir bawah , suasana mula menjadi awkward apabila tiada sebarang topik mahu dikatakan lagi . Lagipun aku masih tak kenal dia . ..
" erh , selamat berkenalan saya park jihoon " dia mula memecahkan suasana yang awkward sebentar tadi .
" saya Moon seola .. Selamat berkenalan juga " aku pun sama memperkenalkan diri ni .
" bukankah awak lelaki yang saya jumpa semalam tu ?" tanya aku untuk kepastian .
" dae , sayalah .. Tak sangka kita dapat bertemu lagi "
" awak duduk mana ?" tanya lelaki yang bernama jihoon .
" taman gera .. "
" kalau macam tu , biar saya yang tolong hantarkan awak pulang .. Lagipun tempat awak tu berdekatan dengan rumah kawan saya " dia menawarkan dirinya untuk menghantar aku pula . Aku pula tak tahu nak balas apa .
" lagipun jauh perjalanan awak nanti " katanya lagi . Tanpa berfikir panjang , aku hanya mengangguk kepala sahaja . Dah dia nak hantarkan aku pulang . Kita on sajalah , lagipun aku tak tahu tempat mana aku berada ni .
" awak makanlah .. Saya buat sup penghilang mabuk untuk awak .. "
" ah , araesso .. Gomawo jihoon "
" Dae gwenchana "
💎■TBC