■💎■
—Jihoon's Pov
Dia bukan ke lelaki yang aku nampak dekat Han river , tak silap aku lelaki yang bersama dengan seola tu . Ha , aku tak silap orangkan . Betullah itu dia . Dia ni teman lelaki seola ke ? Tapi kenapa ...
Kenapa dia dengan perempuan lain pula ni ? Ha entah-entah dia ni curang dengan seola . Ish , lelaki jenis apalah dia ni nak main curang-curang pula tu . Kang aku bagitahu seola biar padan muka engkau nanti.
" saya dah bagitahu seola pasal hubungan kita berdua.. Haha , saya rasa mesti dia tengah merana dekat rumah tu ... " kata perempuan tu sambil ketawa nakal , aku yang curi-curi dengar ni . Gatal je tangan nak tampar muka pompuan tak guna tu .. Tapi aku jauhkan niat tu , kang kalau aku serang dia memang banyak hal lah nanti .
" dia tak tahu ke yang kita nak kahwin tak lama lagi ?" sambung perempuan tu lagi , lelaki itu sekadar mengangkat bahu tak tahu apa-apa . Jap , apahal lelaki tu diam kelas daripada tadi ? Dah bisu ke apa ? Asyik perempuan tu je yang cakap .. Ke dia tak ada skrip .. Jahat mu author ..
" kalau dia dapat tahu mesti dia sedih sepanjang masa , iyelah dia kan hati tisu .. Lagipun dia masih sayangkan awak .. Pasti merana hidup dia kan sahi .. " dia ketawa sambil menggatal mahu menyentuh tangan lelaki yang bernama asahi tu . Woi lelaki asal diam je ? Tak ada skrip ke apa ? Cedih tul .
" biarlah dia boram janji dia tak halang hubungan kita berdua .. " akhirnya lelaki itu membuka suara juga . Ha baru kau nak cakap kalau tak memang bisu tak ada skrip je .
" betul tu asahi .. " perempuan tu tersengih-sengih macam anak kambing nak minta susu tapi tak dapat sebab dia anak luar nikah .. Huh benda yang aku merepek ni ? Kambing pula kita ceritakan .
" woi jihoon , tak nak makan ke ?"tanya mashiho yang memecahkan suasana aku yang sibuk tentang orang tu. Aku melirik mata ke arah mereka berdua semula yang khusyuk menghirup ramen .
" aku nak makanlah ni " kata aku lalu mencapai chopstick dan menikmati makanan .
" hey, jihoon nanti kitorang nak lepak cafe game kau nak join ke ?"tanya junkyu .
" boleh juga .. " balas aku . Alang-alang harini aku tak ada apa-apa nak buat so join jelah dua sekepala tu .
■💎■
—Seola's Pov
" hesy , dapat ranking 2 lagi , aduhai siapalah yang bodoh sangat ni ha , sesuka hati dia je nak bunuh aku .. Ish , ni buat aku sakit hati ni " aku membebel sendirian sambil mengetuk keyboard tanda melepaskan geram . Engkau kena tahulah perangai aku ni , kalau kalah je mesti semua benda nak dimarahkan . Itulah tebiat aku bila main game so jangan main dengan aku kalau tak nak kena maki hamun .
" tak apa kita main lagi .. " aku tekan butang play again . Dalam kiraan 1 2 3 permainan pun bermula . Dengan fokusnya aku menembak beberapa orang yang muncul dihadapan aku . Hati dan geram so aku main memang fokus nak mampus .
Bang~bang
" ah , tak guna " akhir sekali jawapannya aku kalah perlawanan lagi . Ni nak buat aku rasa berputus asa . Siapa yang bunuh aku tu ha ? Biar aku hempuk muka kau guna kuali jennie . Heh , tiberss
" yah , korang kita duduk dekat sini " gegendang telinga milik aku terdengar suara lelaki yang duduk dibelakang aku tapi aku hanya mengendahkan saja . Aku memasang earphone ditelinga dan barulah rasa feeling game sikit . Takkan kau nak aku pasang speaker kuat-kuat nanti tak pasal aku kena halau pula . Aku tekan butang play again dan aku perasan ada seseorang yang telah join room aku . Username dia @bihoon
Tapi aku tak tahu siapa dia tu ?
Ting~Aku menekan butang mesej yang baru masuk dalam room aku tu ..
@bihoon
→ hi , boleh saya turut join ?
@yolaaa
→eh , boleh je tak ada masalah janji saya ada team ..
@bihoon
→Gomawo @yolaa
@yolaa
→okey , so jomlah main .. Saya start dulu ya
@bihoon
→Okie awak.. :DAku pun tekan butang restart dan dalam kiraan 1 2 3 permainan bermula . Dan macam-macamlah yang aku bebelkan .. Tapi aku kagum dengan @bihoon tu , dia punya tembak tepat mengenakan sasaran , bukan macam aku ni hanya tembak pokok astu entah apa-apa jelah .. Patutlah aku dapat ranking 2 . Dia memang terbaik , bagus jadi team dengan aku ni . Bertuah aku dapat kau .
Lama berlawan akhirnya kami berdua mendapat ranking 1 , aku melompat teruja tapi senyap-senyap jelah tak nak kacau orang sekeliling . Engkau memang terbaik @bihoon ..
Sudahlah aku rasa lenguh pula tangan sebab asyik main-main tekan keyboard je . Aku mengeliat kecil sambil menanggalkan earphone .
" baik aku balik .. Sudahlah perut ni lapar je dari tadi " mengomel aku sendirian . Aku bingkas bangun daripada duduk . Baru nak menghayunkan langkah ni , tiba-tiba ada sebuah kerusi yang dekat belakang aku tu mengundur lalu terlanggar perut aku ni . Aduh ! Sakit .
" ah , mianhae " apabila orang tu perasan , dia terus berdiri dan menunduk memohon maaf dekat aku ni .
" eo ? Jihoon " aku tengok wajah lelaki tu dan dia adalah jihoon .
" eh , seola " kata jihoon sambil menayangkan senyuman . Aku pun turut membalas senyuman dia tu .
" saya tak sangka kita dapat bertemu dekat sini lagi .. " kata aku .
" awak buat apa dekat sini ?"tanya jihoon .
" ah , saya baru lepas habis main game and you ? "
" saya pun sama , tengah teman kawan .. " kata jihoon sambil menunjukkan kawannya yang daripada tadi hanya pandang kami berdua saja .
" ah , annyeong saya moon seola " sapa aku kepada mereka berdua .
" saya kim junkyu dan dia mashiho "
" awak kawan jihoon ke ?" tanya lelaki yang bernama mashiho tu .
" kami baru berkenal .. " balas aku dan mereka mengangguk kepala saja .
" hurm , saya minta diri dulu " aku menunduk hormat terdahulu sebelum mempamitkan diri .
" huhu jihoon ada kawan perempuan lah " menyakat junkyu sambil menyiku lengan jihoon . Terus jihoon melemparkan jelingan ke arah junkyu . Suka sangat berloya buruk dengan orang dia ni , kang kalau jihoon menyakat dia baru tahu nak marah .
💎■TBC