Ting ting ting ting ~
Irama yang keluar dari kotak musik itu beralun dengan sungguh merdu .
Krekk
Pintu bilik itu ditolak perlahan lahan dari luar . Kelihatan seorang lelaki masuk ke dalam bersama senyuman sinis yang tidak lekang dari bibirnya .
" hai sayang " ucap lelaki itu sambil berjalan menghampiri seorang gadis yang terikat di atas kerusi itu . Bulat mata gadis itu memandang lelaki tersebut .
" oh , sayang nak cakap eh ? " xiaojun terus membuka ikatan pada mulut gadis tersebut . Senyuman masih terukir di bibir .
" XIAOJUNNN ! AWAK KATA AWAK NAK HIDUP DENGAN SAYA ! KENAPA AWAK BUAT SAYA MACAM NI ?! " lantang suara gadis itu menghambur marahnya pada lelaki yang bernama xiaojun itu .
" sayang , bukan senang untuk mencintai . Mudahnya kau jatuh cinta pada aku " ujar xiaojun sambil mengusap lembut anak rambut milik gadis itu .
" tapi , awak kata awak sayang saya . Kenapa awak tipu saya ? Awak kata awak culik saya sebab awak jatuh cinta pada saya " berkaca mata gadis itu memandang xiaojun .
" huh , sayangnya itu semua hanya la helah semata mata " mata xiaojun tepat memandang gadis yang sedang menangis di hadapannya . Sikit pun hati lelakinya tidak terusik apabila melihat gadis tersebut menangis .
" stop menangis kalau kau taknak mati katak dekat sini " serius wajah xiaojun memandang gadis yang sedang menangis itu .
" awak jahat xiaojun ! Awak main kan hati dan perasaan saya . Awak ingat perasaan boleh dijual beli ke ? " soal gadis itu sambil memandang ke arah xiaojun yang sedang tepat memandangnya .
" apa kau tahu tentang perasaan ? Huh , cinta tu tak wujud . Dia tak pernah wujud dalam hati aku " balas xiaojun dengan muka yang amat amat serius . Ha , boleh imagine tak muka xiaojun kalau serius macam mana ? Scary kan .
" HATI AWAK TU KERAS ! AWAK EGO ! sebab tu tiada rasa cinta dalam hati awak ! awak lelaki takguna yang tak pandai menghargai kaum wanita ! " jerit gadis itu di hadapan wajah xiaojun .
" sayang , kenapa cakap saya tak guna ? kalau saya tak guna , saya tak bagi awak makan tau " xiaojun mengukir senyuman semula . Seram gadis itu memandang xiaojun .
" sayang " xiaojun mengusap rambut milik gadis itu sambil tersenyum manis manakala gadis itu takut takut untuk memandang xiaojun .
" kau gagal buat aku jatuh cinta pada kau , haha cinta tak wujud " bisik xiaojun di telinga gadis itu lalu terus xiaojun menikam gadis itu menggunakan pisau lipat yang berada di poket belakang seluarnya .
" xi- " bulat mata gadis itu memandang xiaojun . Darah membuak buak keluar dari mulut dan perut gadis itu .
" nice view " xiaojun tersengih sendiri apabila melihat darah yang membuak buak keluar itu lalu ditikam lagi gadis itu berkali kali .
Setelah memastikan gadis itu sudah tidak bernafas lagi , xiaojun terus mendukung gadis itu keluar dari bilik tersebut . Sungguh banyak darah di atas lantai bilik kecil itu .
****
" kes penculikan gadis gadis muda di china kini berlarutan ke negara kita . Sudah 10 orang gadis muda negara kita hilang tanpa dikesan . Harap , ibu bapa dapat mengawasi anak gadis masing masing dan sementara itu , pihak polis akan bertungkus lumus mencari siapa si penculik bersiri itu " berita yang ditayang di tv kedai runcit itu membuatkan minha menoleh ke arah tv itu .
" ish siapa la yang culik tu , jahat betul . Dasar manusia takda moral " rungut minha sendirian lalu dia terus mencapai air kotak susu yang berada di dalam peti sejuk kedai runcit tersebut lalu berjalan ke kaunter pembayaran .
" berapa ye makcik ? " soal minha sambil mengeluarkan beg duit dari poket seluarnya .
" 546 won " beritahu makcik yang menjaga kaunter tersebut lalu terus minha menghulur duit kepada makcik tersebut .
" terima kasih ye nak . Hati hati ye , sekarang ni kes culik dekat china tu dah jadi kat korea . Dah malam ni , balik rumah cepat cepat . Sekarang ni semua orang takut nak bagi anak perempuan diaorang keluar . " pesan makcik tersebut .
" baik makcik , terima kasih sebab ingatkan saya " minha memberikan senyuman kepada makcik tersebut sebelum dia keluar dari kedai runcit tersebut .
Minha berjalan seorang diri di dalam kegelapan yang hanya diterangi oleh cahaya bulan itu . Sedang sedang minha berjalan , minha mengeluarkan telefon dari poket seluarnya .
" call minhee la , suruh dia ambik " bisik hati minha sambil mendail number telefon adiknya itu .
tutt tutt
nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi sila hubungi-
Tidak sempat voicemail itu hendak menghabiskan ayat , terus minha mengakhiri panggilan tersebut dengan muka yang tidak puas hati .
" budak ni memang tak guna , menyusahkan aku number satu , aku call tak reti angkat " rungut minha sambil menghentak hentakkan kakinya tiba tiba telefon yang dipegang minha jatuh ke dalam longkang yang betul betul berada di tepinya .
" EH EH FON AKU ! " gelabah minha bercangkung ke jalan tar untuk mengambil telefonnya yang jatuh itu . Tertonggeng tonggeng dia nak ambil , tapi tak sampai .
" cik buat apa ni ? " tegur seorang lelaki . Terus minha berdiri semula . Ya , dia malu , mesti lelaki tersebut nampak dia menonggeng tadi .
" Telefon saya jatuh dalam longkang tu , boleh encik tolong ambilkan ? " soal minha sambil memandang wajah lelaki itu penuh mengharap .
" boleh sekejap ye " lelaki itu bercangkung membelakangi minha untuk mengambil telefon minha . Minha turut menunduk untuk melihat di mana telefonnya berada .
Sedang sedang minha fokus melihat lelaki itu yang sedang bersusah payah mengambil telefonnya , tiba tiba lelaki itu menoleh dan terus menekup mulut dan hidung minha menggunakan sehelai sapu tangan .
Meronta ronta minha di situ . Nasib minha malang apabila tiada sesiapa langsung di situ . Lama kelamaan minha berhenti meronta dan minha merasakan dunianya seperti
gelap .
tbc .
kat multimedia muka xiaojun .
YOU ARE READING
[C] 𝐈𝐦 𝐧𝐨𝐭 𝐩𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨
Mystery / Thriller" aku tak psiko " Culik , bunuh , itu sudah menjadi hobi buat lelaki yang bernama xiaojun . Dia menculik gadis untuk hadirkan perasaan cinta dalam dirinya tetapi apabila gadis tersebut tidak dapat menambat hatinya , dia akan membunuh gadis tersebut...