Part 57

1.5K 156 0
                                    

🐾Warg dan Goblin🐾

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Bersama kaki tidak berkuku yang kotor dan berminyak, seekor orc jalan terincut-incut merentasi koridor Menara tuannya itu hendak bertemu dengan lelaki itu. Dia kena cepat!Sebab ianya adalah berita mustahak!Kalau tuannya dengar pasti lelaki tu akan mengamuk dan naik angin.

"Tuan!Tuan!"suara orc keluar dari mulut bergigi tajam dan basah dengan lender yang kotor lagikan hitam. Orc tersebut masuk ke dalam ruangan itu sebelum melutut sebelah kaki menghadap Tuan Dark Orc dia.

"Kenapa?"balas Dark Orc dengan nada tak suka sewaktu perhatikan bebola kacanya yang menayangkan situasi di semparan daerah Cordania. Dimana para tentera orc dia sedang berursaha memecahkan benteng keselamatan sempadan tersebut.

"Masalah besar tuan"

"Apa lagi masalahnya?"deram Dark Orc dengan nada tak suka. Dia palingkan kepala ke Orc berkepala botak tengkorak sebelah senget dan mata buta di sebelah kiri macam baru di korek.

Orc itupun mengangkat kepalanya lantas dongak memandang Dark Orc dengan takut. "Saya dapat tahu sempadan Makam Rahsia telah di cerobohi. Troll dan hellbound yang di tugaskan untuk mengawal tempat tersebut telah dihapuskan"

Berkerut tajam kening Dark Orc sebaik mendengarnya. Dia tak faham. Bukan ke dia telah sihir entah siapa-siapa waris Negeri Cahaya tu?macam mana orang tu boleh selamat dari sumpahan mautnya itu. "Macam mana mereka boleh tembusi kawalan troll beta?"soalnya dengan Bahasa elves kepada Orc di depannya. "Macam mana kau orang buat kerja?Bila semua tu terjadi?"

Menikus takut Orc itu lepas dengar. Dia cepat-cepat tundukkan kepala dengan penuh ketakutan.

"Beberapa jam yang lepas.."jawab orc tersebut.

Dark Orc berpaling memandang bebola kacanya dengan renungan bengis yang kebengangan. Tak guna!Mereka dah hantar waris ke makam tu?Itu bermakna mereka akan bangkitkan tentera Aragorn!Tak!Semua ni tak boleh terjadi!Dia belum tawan lagi Cordania!

"ARGHH!!!!!"tidak semena bebola kaca yang ada di meja bulat depannya itu di lempar ke tepi sebelum ia terhempas kuat ke lantai dan pecah berderai. "Kau orang tunggu apa lagi!Hantar la Warg dengan goblin ke situ...arahkan mereka bunuh setiap orang yang cuba dekati makam tu!Sebelum aku penggal kepala kemik kau tu!"jerkah Dark Orc sekuat hati!

Orc tersebut terkebil-kebil ketakutan mendengar ngauman suara tuannya terus undurkan diri keluar diri. "Baik tuan...baik..saya akan uruskannya secepat mungkin.."angguknya sebelum keluar dari situ tanpa berlengah.

Menggigil kuat seluruh badan tu sebab terlalu berang!

Nampaknya dia terlalu lembut dengan mereka. Nak main kasar ya?Kalau macam tu kita teruskan peperangan ni!Tengok siapa yang menang dulu!Dia yang Berjaya tawan kota Cordania atau anak picisan tu bangunkan Tentera Aragorn yang tertanam berpuluh kaki di dalam tanah itu!

Memandangkan tentera Orc dia sendiri tak boleg lakukan kerja dengan baik, dia ambil keputusan untuk turun padang dan menyertai mereka menjatuhkan dinding sempadan itu.

Dark Orc hasilkan pintu munculkan diri di dinding bilik itu sebelum melangkah masuk menerusinya sebelum tiba di depan sempadan kota Cordania. Keadaan di situ sangat sibuk dan kecoh. Dengan suara Orc mengerang dan meraung mahu menghancurkan tembok batu di situ, suara binatang buas dan troll yang sedang menggunakan alat untuk dihentak ke permukaan dinding tembok tersebut.

"Ke tepi!"arah Dark Orc dengan suara penuh berkuasanya.

Hal itu buatkan tentera Orc yang sejak tadi tidak berhenti dari menghancurkan dinding perlindungan di situ pun berundur dan beri laluan buat tuan mereka lepas nampak lelaki itu jalan mendekati mereka.

"Lembab!Kerja macam ni pun tak boleh nak buat!"deram Dark Orc semasa berhenti henti di depan tembok batu itu. Dia kena cepat!Sebelum tentera Aragorn dibangunkan dia perlu musnahkan segalanya yang ada di dalam kota ini.

Bersama kedua-dua tangan terangkat ke Udara, dia membaca serampahnya. ,Serampah terkuat yang dia miliki untuk jatuhkan dinding ini. Serampah yang boleh lumpuhkan ramai tentera royal guardian milik Cordania. Dia akan bunuh mereka semua malam ni jugak!

Di sebalik tembok itu, berdirinya Raja Blake serta para tentera yang lain. Mereka di situ untuk pertahankan tembok tersebut dari di runtuhkan. Dengan wajah cemas dan nekad di muka masing-masing, mereka sedaya upaya salurkan kuasa pendindidng di tembok itu supaya tidak akan musnah di rosakkan oleh musuh yang berada di seberang tembok.

"Tuanku!Kita takkan bertahan lama!Mereka akan tembusi tembok ni!"

Raja Blake yang masih mengangkat tangan ke Udara Bersama cahaya biru keunguan keluar dari tapak tangan dan mengalir ke permukaan Udara yang semakin lama semakin menipis itu.

"Jangan putus asa!Kerahkan semua kuasa yang kamu ada!Sekalipun kamu perlu mati untuknya!"laung Raja Blake dengan penuh bersemangat. Dia tak nak para pengikut dan tentera yang ada di situ berputus asa atau lemah semangat. Infact dia sendiri takut. Tapi dia percaya, Delia dan yang lain pasti akan tiba di sini sebelum terlambat!

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

note : sorry kalau ada typo dengan grammar error ya. Tinta taip dalam keadaan rushing sebab tertinggal bnyk chpter hari ni gara-gara terlajak tengok drama korea. Siapa suka tengok...boleh check cerita Penthouse dengan Please Don't Date Him.

27. The HuntressWhere stories live. Discover now