🐾Perasan Bagus Tak Bertempat🐾
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
"Pfft!"tak semena suara orang tersembur hendak ketawa kedengaran tiba-tiba.
Sage yang dengar gerakkan mata dia ke pelajar perempuan yang sikit pun tak tersentuh apa lagi tercela di sebelah tiga orang tu. Yupp...si pemula kekecohan!Si Half-Blood yang baru masuk akademi tahun lepas! Lia Belia apa kejadah namanya pun dia tak ingat. "Dan kau...jangan ingat lepas dari semua ni ya."katanya.
Delia buat muka menyampah lepas dengar. Itu yang dia berdengus tak percaya. Kelakar betul.
Alah...dia bukannya buat hal besar mana pun. Dia cuma bagi sikit renjatan dan sumpahan pokok menjalar pada mereka untuk dua jam je. Lepas dua jam balik semula kepada asal la. Makcik kepala ular ni je yang overdramatic macam dunia nak kiamat lepas dia kenakan sumpahan pada mereka!Sampai nak jumpa si Sagat Putin apa entah namanya tadi dia tak ingat.Gosh. Nama bukan main lagi glamour,memangnya dah tak ada idea lain apa nak pakai sampai bagi nama pun terpeliat-peliat lidah nak menyebut!
"Mintak maaf sekarang!"arah Donna semasa pandang tak puas hati ke Delia. Nafasnya naik turun kerana keberangan lepas mukanya di tumbuhi daun kecil dan akar gara-gara Delia tadi di dewan makan!Perempuan ni memang cari masalah betul!
"Kenapa pulak?"lawan Delia dengan perangai sassy keras kepalanya. Orang gila pun tak nak la mintak maaf dekat makcik macam Donna ni. Dah la rambut hijau, solekkan pun hijau. Macam katak puru je dia menengoknya!
"Kenapa kau tanya!Hei!Kau tahu tak dengan siapa kau dah cari masalah sekarang nI!"jerkah Aila yang mahu menerkam Delia waktu itu.
Menjegil bulat mata Delia hendak memberi amaran pada Aila. Berani-berani la dekat pada dia. Memang kena la jawabnya nanti!
Aila cepat-cepat undurkan diri ke belakang lepas nampak. Takut terkena sumpahan Delia lagi. Serta merta dia pegang rambutnya yang mengerbang itu dengan tangan.
"Mesti la aku tahu...kau kan tiga orang makcik berkepala ular yang suka tindas orang yang lemah sebagai hiburan harian kau orang dekat sini dasar anak manja tak reti nak sikat rambut makan pun kena bersuap."cebik Delia sambil buat muka mengejek kepada Donna.
"Hei!"marah Maureenn.
"Apa kau cakap!"Donna gerak mengangkat tangan hendak menampar Delia.
"Kau memang nak kenakan!"bentak Aila pula.
Tapi Sage yang ada di situ hanya membuat muka sebelum tundukkan matanya ke bawah. Memekak la dia orang ni. Rimas betul dia nak menghadap lama-lama macam ni! Pada masa itu la satu cahaya muncul dekat sekeliling Donna.
Kuasa Sage telah membuatkan Donna beku menjadi patung di situ. Dalam keadaan tangan mahu menampar Delia dan muka hendak marahnya. Dia pandang ke Delia tidak bergerak-gerak kecuali matanya saja.
Aila dan Maureen di situ sudah ternganga menekup mulut masing-masing kerana hampir hendak menjerit akibat terperanjat melihat keadaan rakan mereka itu. Takut nasib mereka berakhir seperti Donna, mereka terus mengetap bibir masing-masing dan saling merangkul lengan mencari perlindungan.
Delia pandang tak berkedip ke Donna lalu lirik ke lelaki muka berlagak mintak di tampar di meja itu. "Apa awak buat dekat dia?"tanya dia sambil tu. Fuyoo!Kuasa Pembeku. Dia selalu praktis untuk gunakannya. Tapi tak pernah Berjaya. Dari beku, dia buatkan sesuatu itu jadi lembik seperti jeli ada la!
Bersama renungan dingin tiada perasaannya, Sage pandang ke Delia.
"Aku beritahu kau Delia...ini adalah amaran pertama untuk kesilapan kau. Kalau hal ni berulang sekali lagi, kau akan di beri hukuman dan tanpa belas kasihan. Faham tu?"beritahu Sage yang tidak pedulikan pertanyaan Delia sebentar tadi.
Delia berdecit kecil. Berlagak! "Ya...saya janji saya hanya akan buat perangai bila orang lain dalam masalah. Tak macam orang tu...namanya je ketua pelajar tapi pelajar dalam kesusahan pun tak di tolong...Hmph!"Delia silangkan tangan lalu palingkan muka ke kanan. Enggan beri kerjasama.
Perasan bagus tak tengok tempat!Ingat dia hairan sangat dengat peraturan merepek ni!Hukum la sebanyak mana yang dimahukan. Dia dah terbiasa dengan isu disiplin dan denda mendenda ni. Sejak kecil lagi ibu dan ayah dia hadap masalah ni.
"Pergi keluar sana sekarang sebelum kau pun aku kejungkan macam dia!"arah Sage dengan muka tak puas hatinya.
"Tak payah suruh saya boleh keluar sendiri...macam la saya nak sangat dekat sini lama-lama. Hmph!"dengan menyampah Delia pusingkan badan untuk keluar dari ruangan tersebut. Sambil jalan tu dia hentak kaki.
Sage tidak beri sebarang komen. Dia hanya perhatikan Delia keluar dari situ sementara arahkan rakannya yang lain untuk uruskan tiga orang pelajar perempuan di situ untuk di Patah Balikkan Kesan Sihir dari mereka bertiga.
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
YOU ARE READING
27. The Huntress
FantasyLook! Dia tak mintak jadi seseorang half-blood okay! Memangnya dia yang mintak ke mak bapak dia yang separuh magika separuh manusia berkahwin sesama mereka dan buat anak kemudian lahirkan dia begini! Menjengkelkan betul! Kalau jadi half-blood ni baw...