🐾When The Hunter Being Hunt By The One They Hunt🐾
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Beberapa hari kemudian,
"Saya nak balik.."ujarnya setelah dia duduk dalam bilik tu perhatikan Caesar ke hulu dan hilir melakukan sesuatu seperti salin pakaian, kemas katil, belek kertas, keluar masuk bilik air sejak tadi, Waktu pun dah senja.
"Kau dah nak balik..lepak la sekejap. Bukannya ada yang tahan kau masuk Dark Tower ni..warden pun tak berani nak buat pemantauan." beritahu Caesar semasa sarung baju ke badan lepas keluar dari bilik air tukar uniform. Bersiap nak ke dewan makan mungkin.
"Rose tunggu saya nanti.Dah la.."dia bangun dari situ kerusi kayu tu.
"Eh tunggu sekejap"
Dia duduk semula lepas dengar. "Nak apa?"
"Aku ada offer untuk kau alang-alang tu." Caesar orak arikkan rambutnya semasa gerak ke katil lalu duduk di situ menghadap Delia. "Aku nak kau bekerjasama dengan aku.."
"Eh?Untuk apa?"
"Sebagai ahli Royal Guardian dan jugak Puteri Mahkota Negeri Cahaya...kau tak nak ke bantu bebaskan kerajaan kau tu?"
WTF!"Awak tahu?"susah payah dia telan air liur sebab terkejut.
"Of course...dari sejak aku kiss kau..sejak tu aku tahu kau siapa. So?On tak on?"Caesar tarik sengih sinis meleret sambil rehatkan lengan atas lutut sewaktu sondongkan badan ke depan. "Apapun rancangan yang kau tengah pelan sekarang...ada dalam kepala aku. Dari kau bazirkan masa apa kata kalau kita berkolabarasi untuk laksanakan semua tu.."
Dia agak skeptikal lepas dengar cadangan tu. Haih..siapa sebenarnya Caesar ni?Kenapa la dia tak boleh nak baca fikiran tu sekali.Tapi lepas sesaat kemudian dia angguk kepala.
"Fine.."
"Good....kalau macam tu kita akan terus ke agenda pertama aku."beritahu Caesar Bersama renungan penuh muslihatnya. "Aku nak kau tanggalkan rantai tu..dedahkan kedudukan kau supaya semua Hunter datang dan tahu kedudukan kau..."juihnya dengan dagu ke rantai yang ada di lehernya.
"What?"menahan nafas terkejut dia dibuatnya. Tangan dia naik memegang rantainya. "Awak gila!"
"Jangan risau...aku takkan biarkan dia orang apa-apakan kau. Apa aku nak dia orang munculkan diri supaya aku boleh hapuskan dia orang satu persatu dengan tangan aku sendiri" jelas Caesar.
"Dah kenapa awak nak saya lakukan semua tu?Tak ke sama macam saya bawa diri ke mulut harimau sendiri.."getusnya dengan tak puas hati. Suka hati je nak letakkan diri dia dalam bahaya.
"Sebab aku nak bunuh orang yang dah bunuh ibubapa aku wahai Huntress ku...dia orang rampas ibubapa aku...dan sekarang giliran aku rampas nyawa dia orang pulak...so macam aku beritahu tadi. Aku takkan biarkan dia orang apa-apakan kau...okay?"ujar Caesar lagi dengan nada memujuk.
Pada hujung minggu itu, para pelajar akademi dibenarkan untuk outing berjalan-jalan di sekitar Pekan Grover Green meluangkan masa selepas berminggu lama terperap dalam bangunan di situ. Dari pelajar tahun pertama hingga tahun terakhir tidak lepaskan peluang untuk keluar bersama pasangan atau kawan masing-masing ke pekan itu.
Dari melawat ke kawasan magis, rumah hantu. fun fair, kedai barangan ahli sihir, kedai herba , kedai haiwan perliharaan ajaib sehingga membeli belah. Mereka lakukan pelbagai aktiviti dengan senang hati dan senyuman di bibir.
Ada jugak yang luangkan masa di Bar McQueen untuk nikmati rootbeer terkenal di pekan itu, ada jugak yang lawat kedai lelucon untuk beli mainan serta posyen ajaib yang boleh di gunakan untuk kenakan rakan atau master mereka.
Ramai-ramai pelajar akademi yang berlegar di sekitar kawasan pekan itu, kelihatan dua orang sahabat yang jalan saling bergandingan tangan bercakap tentang itu dan ini sambil sarat memegang beg barangan masing-masing.
Delia dan Rose. Mereka berdua sama-sama kenakan kot labuh warna biru dan putih mereka di balik sweater turtle neck serta blaus. Mereka jalan melihat sekeliling berkira-kira hendak pergi ke mana.
Namun tanpa di sedari oleh sesiapa, di atas bumbungan bangunan yang ada di situ, beberapa kelibat orang berpakaian serba hitam dan bertopeng putih jalan di situ memerhati kelibat dua orang itu. Di balik jubah hitam yang dipakai pula terdapat senjata berbahaya lagikan tajam.
"Eh...tengok...dia orang keluarkan jubah edisi terhad la!"tunjuk Rose dengan bersemangat lepas dia nampak kedai pakaian untuk pelajar akademi mereka.
Delia yang dengar mengangguk kepala patuh. "Kau nak tengok ke?"tanya dia.
"Mesti la...jom la. Mana tahu ada yang sesuai untuk kita?"Rose tarik Delia untuk ke kedai tersebut dengan bersemangat. Yalah. Ibu dia bagi dia duit belanja lebih. Jadi tak salah kalau dia beli apa yang dia mahukan.
"Oh..."Delia pegang perut sambil buat muka seperti dalam keadaan sakit.
Rose tersentak. Dia terus pandang cemas ke Delia."Kenapa?Kau sakit?"tanya dia sambil pegang tangan Delia yang sedang memeluk perut itu.
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
YOU ARE READING
27. The Huntress
FantasíaLook! Dia tak mintak jadi seseorang half-blood okay! Memangnya dia yang mintak ke mak bapak dia yang separuh magika separuh manusia berkahwin sesama mereka dan buat anak kemudian lahirkan dia begini! Menjengkelkan betul! Kalau jadi half-blood ni baw...