Part 13

1.7K 173 0
                                    

🐾Jemputan Ibu bapa tercinta.🐾

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Keesokkan paginya, semuanya berlaku seperti biasa.

Tiada yang aneh buat pelajar-pelajar Akademi Magika Dark Tower.

Seperti tiada apa-apa yang telah terjadi lewat malam tadi, mereka jalani rutin seperti biasa,

Hadiri kelas, berborak, beriadah dan jalankan aktiviti sukan mengikut jadual harian mereka.

Sementara Delia seperti biasa, dia terlewat untuk kelasnya. Masih sama seperti biasa, tetap selekeh dan tak terurus sebab tak sempat nak buat apa-apa kerana telah terlajak tidur dan lewat untuk hadirkan diri ke kelas.

Namun begitu oleh kerana master yang lain sudah penat nak meleteri perkara yang sama atau kenakan denda kepada Delia, mereka biarkan saja Delia.

Knock!

Knock!

Bunyi ketukan pintu buatkan master yang sedang tekun menyampaikan syarahannya. Masa itu semua dalam kelas itu alihkan perhatian ke arah arah pintu dari master mereka untuk lihat siapa yang datang.

Dan bila master di depan kelas Nampak megastua akademi yang ada di situ, dia terus berkata. "Engrid..apa kamu buat di sini?"

Penjaga pagar akademi itu pandang sekejap ke master di situ lalu ke pelajar yang ada di dalam kelas tersebut. "maaf sebab menganggu professor. Saya datang hendak jemput Delia Kerrie untuk keluar kelas."beritahu dia sambil tu.

Semua kepala mula gerak dengan serentak ke arah pemilik nama tu.

"Delia?"sebut Master Karina yang mengerling ke pelajarnya yang sedang topang kepala dengan tangan yang di siku atas meja dengan malas itu. "Ada apa ya dengan dia?"

Mergastua itu pandang ke Master Karina dengan kening terangkat sedikit.

"Ya...Ibu bapanya datang mahu membawa pulang Delia ke dunia manusia biasa semula."beritahu megastua itu lagi.

Ada sesiapa sebut nama dia ke?Delia buka mata mengantuk dia seluasnya.

Dia yang dengar itu pun bangun dari kerusi dan tutup buku teks dengan malas. Well tunggu apa lagi!Jom la. Akhirnya!Datang jugak ibu dan ayahnya ke sini. Boleh la dia berehat dari menghadap akademi ni!Lagipun dah lama dia tak pulang ke sana sejak tiba di sini.

"Sesuatu terjadi di sana ke Delia?"tanya Master Karina yang sedikit ambil berat mengenai Delia ketika ini.

Pelajar-pelajar lain dalam kelas ikut pandang ingin tahu setelah mendengar soalan itu di ajukan oleh Master Karina. Jarang mereka lihat Delia keluar dari sini atau di bawa pulang semula ke dunia manusia. Sejak Delia tiba di sini, sejak itu Delia duduk di akademi ini. Tak pernah mereka lihat kawan sekelas mereka ini keluar dari sini.

Delia buat muka 'duhh' lepas tu.

Tanya soalan macam dia tahu je. Mana la dia tahu kenapa ibu dan ayahnya tiba-tiba nak bawa dia balik. Rindu la mungkin!Dia sendiri baru temui mereka kali ni. Jumpat tidak bercakap apa lagi."Saya tak tahu master, nanti lepas saya balik saya beritahu ya...kalau macam tu saya minta diri dulu."pamit Delia pada Master Karina semasa hendak keluar dari situ.

Mereka di situ hanya diam memerhati pemergian Delia dengan renungan dalam masing-masing. Tertanya-tanya apa aje la yang terjadi pada half-blood tu.

Bersama langkah letih dan beratnya, Delia berjalan keluar dari kelas tu sambil memandang ke lantai. Tiada tenaga nak bergerak. Kalau boleh mahu saja dia mengesot sepanjang perjalanan ni.

Mergastua itu pula iring Delia hingga ke depan pintu pagar akademi tanpa berkata apa-apa. Sebaik saja mereka tiba di luar pagar, sebuah kereta kuda siap sedia terparkir di situ bersama dengan sepasang suami isteri di situ. Si suami berdiri dengan tangan di depan perut, si isteri pula merangkul lengan itu.

Bila Delia nampak akan dua orang itu, dia tilik sekejap mereka dari atas ke bawah hendak pastikan apa yang dia nampak adalah benar dan sememangnya nyata. Maklumla dah beberapa bulan lamanya dia tidak menemui mereka.

Lama dia tidak melihat wajah dua orang insan yang amat di rindui ini. Kalau bukan kerana keadaan yang tidak mengizinkan, mungkin mereka sekeluarga tinggal bersama dan luangkan masa dengan gembira. Berharapnya dia kalau hidup dia normal seperti orang lain!

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

27. The HuntressWhere stories live. Discover now