Bab 1: SEWAKTU REMAJA

28 3 39
                                    

Suasana pagi Isnin itu cukup riuh dengan pelajar yang datang ke sekolah selepas dua hari bercuti.Aazeen yang baru turun dari kereta ibunya berlari anak ke pagar sekolah.Sedang Aazeen berlari tanpa sedar gadis berbaju sekolah itu terlanggar seorang lelaki yang kelam kabut turut berlari dengan wajah pucat.Mungkin kerana takut lambat ke sekolah sepertinya.

"Aduh!.Maaf saya tak sengaja." Lelaki itu memohon maaf sebelum memandang kearah kanannya.Matanya memandang gadis separas bahunya yang turut menggosok batang hidung

"Lain kali jalan tu pandang lah depan tengok ni dah berterabur dah kertas ni"kata Aazeen dalam keadaan marah sambil melihat kertas yang jatuh di jalan

"Alah awak kutip sendiri lah saya nak cepat ni"balas lelaki itu sambil berlalu pergi

" tahulah nak cepat tapi sekurang-kurangnya tolong lah kutip ni dah langgar orang lepastu lari macamtu je tu pun nak kena ajar ke ni lah lelaki tak berperikemanusiaan dah lah kertas ni cikgu nak tengok hari ni penat-penat je aku buat"kata Aazeen dalam hati sambil mengutip kertas yang jatuh di lantai

"Eh Aazeen kenapa ni" tanya seorang perempuan itu

"Entahlah ada orang langgar tadi pastu bukannya nak tolong pun" jawab Aazeen

"Haih apalah orang zaman sekarang ni tak tolong orang dalam kesusahan pun" kata seorang perempuan itu

"Habistu orang yang duduk berdiri je tu tak reti nak tolong ke apa lah kawan aku sorang ni" jawab Aazeen sambil memerli kawannya

"Hehehehehe iya lah kenah tolong lah ni" jawab kawannya sambil mengutip kertas yang jatuh di jalan

"Cepat-cepat kutip perhimpunan dah nak mula" kata seorang pengawas perempuan yang menjaga pagar sekolah

"Aduh perempuan tu buta ke orang kenah kutip kertas ni tak reti nak tolong ke"bisik Adelia kepada Aazeen

" Biarlah dia,dia kan patung tak boleh bergerak, mulut je yang boleh bergerak"jawab Aazeen

"Hahahaha"ketawa Adelia dengan ayat kawannya itu

"Cepat masuk! Ketawa apa lagi kat situ" marah pengawas perempuan itu kepada Aazeen dan Adelia

"Iyalah nak masuk lah ni" jawab Aazeen dan Adelia serentak

"Murid-murid diminta berada di perhimpunan dengan segera dan beratur mengikut kelas" kata guru yang bertugas

"Haidar kenapa kau lambat"kata dua orang lelaki kepada Haidar

"Aku terlanggar orang tadi" jawab Haidar

"Siapa? Perempuan ke?" tanya kawannya

"Cun tak?" tanya kawannya sorang lagi

"Haah, bolehlah"jawab Haidar

"Nama dia apa? Kau ada tanya tak?" tanya kawannya lagi

"Tak sempat aku nak cepat tadi, kan aku kena pergi pejabat dulu sebelum pergi perhimpunan" jawab Haidar

"Iya lah maklumlah anak cikgu kan" kata kawannya

"Kau nak cepat pastu kau mintak maaf tak kat perempuan tu,kita kan lelaki kenalah 'gentleman'" tanya kawannya seorang lagi

"Aku mintak maaf je tapi tak tolong dia kutip kertas dia yang jatuh tu" jawab Haidar dengan rasa bersalah

"Apa! Kau ni kenapa tak tolong kesian perempuan tu sambil-sambil tu kau boleh lah pikat dia aduh dah ada peluang kau melepas" kata kawannya sambil membuat muka

"Lain kali jelah" jawab Haidar

Selepas perhimpunan


"Semua murid boleh masuk ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur dan menggunakan tangga yang ditetapkan untuk pelajar perempuan dan tangga lagi satu untuk pelajar lelaki"terang guru yang bertugas sambil mengawal pergerakan murid

"Aazeen!!!" jerit kawannya yang berada di belakang

"Apa dia,janganlah jerit macam tu" jawab Aazeen sambil melihat kebelakang

"Takde apa cuma nak kata je"kata kawannya sambil tersengih

"Kata apa?" jawab Aazeen

"Tadi Aaira nampak ada lelaki hensem tau" kata kawannya sambil gembira

"Macam lah hensem sangat" jawab Adelia mencelah

"Allah, wat terkejut je lah Adelia ni muncul dari mana entah tiba-tiba menyampuk"jawab Aazeen dalam keadaan terkejut

"Hehehe maaf"jawab Adelia

"Aazeen nak tengok ke lelaki tu?" kata Aaira

"Mana lelaki tu yang membuatkan kawanku terjatuh hati kepadanya,HAHAHA" usik Aazeen

"Tu dekat situ yang duduk kat pondok tu" jawab Aaira menunjuk ke arah pondok tempat pengawas berkumpul sambil berjalan ke arah tangga perempuan

"HAH!" jawab Aazeen dalam keadaan terkejut

"Kenapa Aazeen?" jawab Aaira dan Adelia serentak

"Lelaki kat sebelah yang Aaira minat tu,dia lah lelaki yang tak berperikemanusiaan tu!" kata Aazeen sambil menggigit bibir kerana geram

"Lelaki tak berperikemanusiaan?" tanya Aaira yang tidak tahu apa-apa

"Alah lelaki yang langgar Aazeen pagi tadi" terang Adelia kepada Aaira

"Oooo Haidar tu ke? Berani dia mengapa-apakan kawan kesayanganku ini" kata Aaira sambil membuat muka marah

"Haidar?" tanya Aazeen dan Adelia serentak

"Haah nama lelaki tu Haidar dia senior kita" jawab Aaira

"Apa yang kamu bertiga berdiri di situ cepat masuk kelas" tanya guru yang berada di belakang mereka

"Bababaiklah cikgu" jawab mereka bertiga tergagap-gagap

"Siaplah dia bila Aazeen jumpa dia lagi!"kata Aazeen kepada kawannya dalam keadaan marah sambil menaiki tangga bersama kawannya

"Tak perasan pulak Adelia ada senior yang hensem tu kat sekolah ni lagi hensem dari crush Aaira" kata Adelia sambil memerli kawannya Aaira

"Hensem lah sangat lelaki tu" jawab Aazeen dengan marah

"Gurau je yang penting crush Aaira tak hensem, HAHAHA" kata Adelia sambil ketawa

"Crush Aaira hensem lah!"

"Iya lah Aaira" jawab Aazeen dan Adelia sambil ketawa kecil

BERSAMBUNG

MENCARI CINTAWhere stories live. Discover now