6.

4.2K 625 135
                                    

Beberapa helai kertas, diletak saling bertindih dengan failnya sebelum diangkat sekali harung menuju ke pintu utama pejabat fakulti.

Sebenarnya, hari ni masih hari Rabu dan Anna tak ada kelas pun memandangkan semester akhir pengajiannya ini hanya disibukkan dengan latihan ilmiah dan beberapa kelas kuliah setiap hujung minggu. Hanya, hari ini Anna terpaksa menemui pensyarahnya untuk bab kajian yang perlu diperbaiki.

Anna melirik helaian kertas saiz A4 di tangan. Kertas yang hampir setebal setengah inci itu ditatap dengan kening terangkat sebelah. Ni kalau tak lepas degree lagi tak tahulah.

Sambil berjalan, tangan sibuk mengeluarkan telefon, mencari nama Helen dalam senarai call logs.

Belum sempat Anna menekan ikon panggilan, chat dari Helen yang memberitahu dia menunggu di tempat biasa muncul. Pantas kaki dihalakan ke kawasan parking lot utama.

"Kau dah semester akhir kan?" Helen memecah sunyi sebaik dia mula memandu keluar dari kawasan itu.

"Pertengahan tahun depan, konvo?"

"In shaa Allah." Anna sengih.

"Patut pun bonda beriya nak buat kenduri kesyukuran nanti. Nak tunggu kau habis belajar dengan budak-budak tu habis SPM." Helen mencebik kecil.

Anna senyap. Tak ada pula bonda bagi tahu apa-apa.

"Yang aku tahu, hujung minggu depan ada buat solat hajat sebab dah nak masuk minggu periksa."

"Tadi bonda pesan suruh singgah dekat pejabat Fathur." Helen mengubah topik.

Anna memutar bola mata ke atas. Nampaknya dalam beberapa bulan ke depan, selagi hal biasiswa itu masih belum selesai, alamat memang kena hadap muka Fathur jelah.

Hampir 40 minit berlalu, Anna dan Helen melangkah masuk ke ruang lobi tempat Fathur bekerja. Lif yang terletak di bahagian kiri, dituju.

"Anna, aku nak tanya sikit boleh?" Helen melirik Anna sebaik masing-masing berada dalam lif.

"Sejak bila kau reti nak minta izin ni? Kau ada buat dosa dekat aku ke?" Anna kerut dahi. Kalau dah cakap sopan santun, elok macam ni mesti ada sesuatu.

"Aku seriuslah." Wajah Anna dijeling.

"Kau dengan Fathur tengah bercinta ke sekarang? Ke baru nak masuk fasa kenal hati budi?" Kali ini Helen buat muka annoying yang buat Anna rasa nak tarik je tudung dia tu kuat-kuat.

"Apa yang tiba-tiba keluar soalan luar alam ni?" Tak pernah pun lagi dia declare atau sembang pasal isu hati perasaan dengan mana-mana lelaki di depan Helen. Celah mana pula muncul nama Fathur?

"Kau ada something dengan dia kan?" Helen masih tak puas hati.

"Tak, sekarang ni apa masalah kau nak jodohkan aku dengan dia?" Kaki masing-masing melangkah keluar dari lif.

"Kau pernah nampak ke aku keluar suka-suka dengan dia selain pasal kerja?"

Helen senyap. Cuba mencerna apa yang disebut oleh Anna. Sementara itu, mereka melabuhkan duduk di sofa yang disediakan di depan bilik Fathur. Meeting tak habis lagi agaknya.

"Kau tahu kan prioriti aku apa?" Anna menyambung pendek. Soal hati perasaan itu tak termasuk dalam list lima teratas buat masa sekarang.

"Mungkin bukan kau, tapi Fathur." Helen membuat kesimpulan sendiri.

"Kau tahu tak Fathur cakap apa dekat aku? Dia mengaku yang dia nak kenal kau lebih dekat." Helen tersengih. Mahu dia tak fikir bukan-bukan kalau Fathur dah buat pengakuan macam tu?

RoseannaWhere stories live. Discover now