10.

3.9K 603 133
                                    

Anna membetulkan lipatan tudung yang sedikit senget. Ala kadar penampilannya dilirik sebelum Gabine Leather Crossbody Bag berwarna beige ditarik melepasi kepala dan disilangkan ke bahu. Selepas itu, kaki diatur keluar dari bilik. Sempat dia melirik jam di pergelangan tangan. Pukul sebelas pagi.

"Jom." Kurang dari lima minit, Helen muncul dengan baju kurung moden sambil tangan melambung kunci rumah perlahan. Masing-masing kemudian menyarung sandal dan bergerak ke kereta.

Anna menarik keluar telefon yang tiba-tiba bergetar kuat. Nama Irfan terpampang di skrin. Belum sempat Anna menjawab panggilan lelaki itu, panggilan putus dan satu chat muncul di notification bar.

"Siapa?" Helen menyoal sepatah. Wajah Anna dilirik sekilas sambil tangan mula memandu.

"Irfan, dia tanya kalau kita dah gerak." Anna membalas datar. Pesanan ringkas dibalas supaya Irfan tak sibuk bazir prepaid menghubungi dia. Dia tengah malas nak jawab panggilan sekarang.

Kurang dari sejam, kereta yang dipandu oleh Helen dah terparkir sedikit jauh dari rumah teres dua tingkat milik keluarga Eisya. Dah duduk kawasan perumahan, memang agak sesaklah jawabnya nak mencari parking walaupun kata Eisya tempoh hari majlis kenduri ni kecil-kecilan je.

"Hah, sampai pun. Ibu bising kau orang tak nampak batang hidung." Kedatangan mereka disambut oleh senyuman manis Eisya di depan pintu.

Anna hanya mampu sengih dan mengekor Helen masuk ke dalam. Sudut yang sedikit ke belakang menjadi tempat untuk mereka melabuhkan duduk. Nak jenguk ke dapur, keluarga Eisya ramai di sana. Lagipun Eisya kata sekejap lagi majlis nak mula.

"Kalau kau nak tahu, Eisya member zaman sekolah aku dengan Irfan. Sebab tu ibu dia kenal kita orang." Helen bercerita pendek.

Dari zaman sekolah rendah lagi sebenarnya mereka bertiga berkawan. Cuma, menginjak sekolah menengah masing-masing berpisah. Eisya masuk MRSM, Irfan tercampak ke sekolah berasrama penuh dan Helen masuk sekolah menengah agama sama dengan Anna.

"Fathur?" Anna tak dapat menahan diri dari menyoal. Ingatkan Fathur pun geng Helen juga sama macam Irfan.

"Fathur, dia member Irfan dekat sekolah menengah sains tu. Irfan yang kenalkan Fathur dekat kita orang masa zaman SPM dulu. Masa tulah dia dengan Eisya tersangkut." Helen tarik senyum.

"Tapi tak lama mana pun, setahun macam tu je lepas tu break. Tak tahu pula sekarang ni dah get back ke belum." Hari tu dekat mall, Eisya gelak je masa dia tanya. Tak sempat tanya lebih-lebih pun sebab Fathur dan Eisya dah minta diri untuk beredar.

Anna senyap, dalam diam dia mencebik kecil. Jujur, dia tak adalah kecewa mana walaupun rasa pedih tu tak dapat dielak. Fathur buat 'fake-confession' pun masa mereka kenal tak sampai pun tiga bulan. Macam mana Anna nak yakinkan diri yang Fathur tu serius?

Kalau diingat semula, Anna sendiri yang cari pasal. Dia yang cabar Fathur dulu sampai lelaki itu buat hal pergi menyibuk latar belakang hidup Anna. Lagipun dia memang dah dapat agak sebenarnya lelaki macam Fathur tu macam mustahil je kalau single and available.

Nasib kaulah Anna. Adalah tu hikmah dia kenapa kau keras hati sangat. Sarkastik ayat itu diucap untuk diri sendiri.

Anna memerhati sekeliling. Tetamu dah semakin ramai. Ruang tamu yang tadi agak kosong itu pun mula terisi penuh. Setengah jam kemudian majlis bacaan doa selamat dimulakan. Anna dan Helen masing-masing menadah tangan, mengaminkan doa yang selesai dibaca.

"Jemput makan. Nanti nak tambah nasi ke lauk, beritahu je." Eisya menegur dengan senyuman yang tak hilang. Tangannya sibuk mengagih pinggan berisi nasi dan lauk pauk dalam bekas. Setelah itu, Eisya kembali ke dapur.

RoseannaWhere stories live. Discover now