seminggu sudah berlalu,Nazira tidak pernah meninggalkan solat hajat dalam tempoh itu. Dia tahu dalam situasi macam ini hanya ya maha Esa sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk dirinya.
' Ya Allah ya tuhanku sesungguhnya kau maha mengetahui ya Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk diriku membuat keputusan amin ya rab'
Namun hati Nazira berbolak bagi.Ingin sahaja dia menolak lamaran Tuan Zainudin tapi apakah daya dia tidak mahu menghampakan kedua- dua orang tuanya . Nazira nekad untuk menerima lamaran itu kalau itu yang terbaik buat dirinya dan ornag tuanya .
Selepas selesai solat hajat, Nazira melipat telekung dan juga sejadah dia nekad untuk memberitahu mama dan papanya di ruang tamu, ya Allah bantulah aku ya Allah .
" Ada apa Nazira nak papa dan mama kumpul di ruang tamu ni." kata Tuan Malik memulakan bicaranya .
"erhm Nazira setuju ." kata Nazira sambil bermain dengan jarinya dan menunduk .
" ya Allah betul ke ni Nazira ya Allah terima kasih ya Allah ." kata Puan Salina dan terus memeluk anaknya Tuan Malik turut sebak kerana doa yang selalu dia mohon di makbulkan oleh yang maha EsaDalam tempoh tiga bulan majlis perkahwinan Syed Aiman dan NaziraZazwaniey di sebelah pihak Syed Aiman sudah sampai masanya. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan meriah. Banyak sanak saudara yang hadir ke majlis tersebut dan mengucapkan doa dan tahniah kepada pengantin agar kekal smapai ke jannah dan berkekalan sehingga ke anak cucu cicit .
" Eh Nazira senyap" dah kahwin eh kawan aku sorang ni pandai berahsia eh ." kata Nurharrissya merangkap kawan baik kepada NaziraZazwaniey sejak sekolah rendah lagi .
" HAHAHA aku pun tak sangka pun." balas Nazira sambil tersenyum di depan tetamu .🌻🌻
Majlis tersebut berakhir pada pukul 5 petang ramai tetamu yang sudah pulang hanya tinggal sanak saudara yang terdekat sahaja
" eh Nazira mesti penat kan rehat lah dulu dalam bilik suami Nazira ." kata Puan Mariam kepada menantunya sambil melayan sanak saudaranya .
" baik ma,Nazira naik dulu ." kata Nazira sambil menaiki anak tangga dan sampai di depan pintu bilik Syed Aiman , Nazira berasa takut untuk masuk ke dalam bilik kerana lagi tadi Syed Aiman tidak senyum pun kepada Naizra. Akhirnya Nazira memberanikan diri untuk mengentuk pintu bilik itu terlebih dahulu.Tok tok tok tok!
" ha masuk lah pintu tak kunci pun " kata Syed Aiman dari dalm bilik .
Nazira masuk dan ingin membuka tudung tetapi ditegah oleh Syed Aiman.
" kau tak payah lah nak tunjuk alim sangat kau ingat aku nak sangat ke tengok kau punya rambut , malam ni aku nak kau tidur atas lantai faham!" kata Syed Aiman kepada isterinya dengan suara yang sedikit tegas dan berlalu ke bilik mandi. Nazira seperti kaku dengan terjahan suaminya ,dia tidak mampu menahan air matanya dia terus menangis . Malam itu Nazira tidur di lantai yang beralaskan toto dan bantal. Syed Aiman tidak berasa sedikit simpati pun kepada isterinya itu . Nazira tidur ditemani dengan titisan air matanya.
YOU ARE READING
TAKDIR KITA
RomanceKhawin muda tak masuk akal ? tapi tulah yang terjadi kepada Syed Aiman Muflis dan NaziraZazwnaiey yang dipaksa khawin oleh kedua orang tuanya. Adakah mereka boleh bersama? ketika cinta berputik munculnya orang ketiga yang ingin menusnahkan rumah ta...