-Sekolah Menengah Pulau Rintis-
Bel tanda masa rehat sudahpun berbunyi, semua siswa berhamburan keluar dari kelas masing2 untuk mengisi perut mereka yang dah kosong kat kantin.
Tapi lain dengan budak lelaki yang biasa dikenali sebagai Halilintar. Dia berjalan ke arah belakang sekolah seraya mengumpat dalam hati, menyumpah serapahi semua yang tengah jadi masa ni.
"Kenapa diorang mesti balik?!!" Umpatnya dalam hati
Sesampainya dibelakang sekolah, Halilintar dihadapkan dengan seorang budak lelaki yang tengah berdiri menghadapnya. Wajahnya tertutup topi yang ia pakai, hanya seringahan licik yang terlihat darinya. Tapi walaupun begitu Halilintar masih dapat mengenalinya.
Nampak sahaja budak lelaki tu, amarah Halilintar makin menjadi. Dengan pantas dia menghampiri budak tu dan langsung menarik kolar baju dia.
"Apa lagi yang kau nak ha?!! Rencangan busuk apa lagi yang kau nak buat!!?" Tengking Halilintar, budak tadi hanya membalasnya dengan senyum kecut
Tepat disana iris ruby Halilintar bertembung dengan iris aquamarine orang yang ada didepannya tu. Tiada apa yang tersirat dari mata keduanya, hanya ada dendam dan kemarahan disana.
"Jawab aku lah, sial!!!" Jerit Halilintar tepat didepan muka budak tu
"Aku rasa kau dah tau apa jawapan dari soalan kau sendiri" dia menjawab dengan santainya
BUGH!!
Buku lima Halilintar mendarat tepat dipipi budak tu, dia terundur beberapa langkah akibat tumbukan Halilintar yang cukup kuat tadi.
"Menyesal aku dah anggap kau sebagai sahabat dulu!!" Ucap Halilintar
Budak tadi kembali berdiri tegak seraya usap hujung bibirnya yang berdarah. Dia kembali menatap Halilintar dan mulai tergelak.
"Hali... Hali.. rupa2nya sifat munafik tu belum lagi hilang dari dalam diri kau" ucapnya
"Jangan paksa aku untuk buat benda yang salah kat kau" kata Halilintar yang terdengar seperti ancaman
"Buatlah! Buat apa yang kau nak!!" Budak tu membalas tengkingan Halilintar. "Buat hal yang sama macam apa yang kau dah buat pada mak dan ayah aku dulu!"
"ICE!!!" Budak yang bernama Ice tu sama sekali tak gentar dengan tengkingan Halilintar
"Apa?! Kau ingat aku dah lupa yang kau dan keluarga kau dah bunuh orang tua aku!" Bertakung air mata Ice masa tu. Jari yang ia guna untuk menujuk nunjuk Halilintar pun dah gemetar. "KAU PEMBUNUH, HALI!!"
"Jangan cakap soal pembunuh pada aku, tengok dulu apa yang keluarga kau dah buat! Korang yang lagi dulu bunuh mak ayah aku!!"
Ice menggeleng pelan. "Keluarga aku bukan pembunuh"
"Tak payah mengelak! Aku tahu korang yang dah bunuh keluarga aku! Dan semua ni jadi sebab korang! Korang yang bersalah!" Bentak Halilintar
Ice tergelak kecil. "Oh ye?? Kau tak ingat ke masa ayah kau tipu ayah aku?? Tak ingat masa Abang kau bunuh akak aku?"
BUGH!!
Sekali lagi Hali menumbuk pipi Ice, bahkan akibat tumbukan Halilintar tubuh Ice langsung menghantam tembok yang ada kat situ.
Amarah Halilintar kini dah tak boleh dikawal. Ucapan Ice yang dianggap sebagai tuduhan buatkan Halilintar geram. Baginya ucapan Ice tadi dah melampau.
Ice yang masih bersandar pada tembok dicekik kuat oleh Halilintar. Ice tak mampu melawan, dia hanya diam dan terima semua serangan yang dilancarkan Halilintar pada dirinya. Halilintar kini dah betul2 murkah. Tipulah kalau Ice kata dia tak takut masa tu.
KAMU SEDANG MEMBACA
BoBoiBoy: The Secret Behind Revenge
Fanfiction"Menyesal aku dah anggap kau sebagai sahabat dulu!!! -Halilintar "Kau ingat aku dah lupa yang kau dan keluarga kau dah bunuh orang tua aku?!!" -Ice "Aku ingatkan kat kau supaya jangan dekat-dekat dengan diorang" -Solar "Jangan semua benda kau bawa e...