B a b 0 1

111 18 0
                                    

"YURI! Makanlah dulu" Jerit wanita yang berusia hampir separuh abad itu dari dapur, mengejar langkah anak daranya.

"Alaaa buu... Yuri dah lewat ni." Rengek gadis dihadapan pintu sambil menyarung kasut jenama Nike bersaiz 4 warna hitam dikaki.

"Aigoo nah ambil ni, nasib baik naluri ibu suruh bungkuskan makanan untuk kamu." Bebelnya sambil menggelengkan kepala. Yuri tersengih, pipi ibunya dikucup dengan penuh kasih sayang.

"Saaayang ibu!" Tubuh wanita berusia hampir separuh abad itu dipeluk erat oleh Yuri.

Ding! Dong!

Dua beranak itu memandang ke luar pagar rumah. "Ha, mesti kawan Yuri. Ppali!" Puan Jo atau lebih mesra digelar sebagai Mrs Jo terus menolak tubuh kecil Yuri, tidak lupa juga bekas makanan ditangannya.

Terus dia menyambut lalu menapak ke arah pagar, "Daa ibu!" Jerit Yuri sebelum melangkah secara mengundur keluar dari perkarangan rumah.

Anak mata hitam milik lelaki yang sedang menyandarkan badannya pada tiang lampu jalan memerhati gadis itu dengan tajam.

"Kau memang tak pernah awalkan? Sukalah buat orang tertunggu-tunggu?" Bebola matanya terus diputar.

Sebaris giginya ditunjukkan, bibir dijuih lalu tangan memeluk lengan lelaki dihadapannya, "Heeseung..." Kepala dilentokkan pada bahu lelaki bernama Heeseung itu.

"...maaf?" Ucap Yuri, matanya dikedip beberapa kali.

Heeseung tayang muka geli, kepala Yuri ditolak dengan jari telunjuk menjauhi bahunya, lengan terus ditarik lalu langkah dibawa dengan pantas meninggalkan Yuri yang terpingga-pingga itu.

"Kau ingat kau comel?" Soalnya sinis.

Yuri pandang Heeseung dengan pandangan menyampah,"Aku comel kut!" Gumamnya.

"Eh! Tunggulah" Terus berlari-lari anak si Yuri mengejar langkah Heeseung yang semakin menjauh.

"Cepatlah! Kita dah lewat, nanti bos marah." Kata Heeseung tanpa menoleh ke arah Yuri. Anak mata hitam gadis itu berputar, kaki turut melangkah seiringan dengan Heeseung.

Bos bos bos, bluek!

Dahlah setiap pagi nak ke tempat kerja, mesti kena guna kaki. Kenapa tak naik teksi? Dahlah jauh! Kesiam kaki ni asyik kena dera setiap hari. Tapi Heeseung kenapa nampak macam rilek je?

"Kau tak penat ke?" Yuri lontarkan soalan pada Heeseung tiba-tiba.

Pandangan hairan terus ditayangkan,"Penat apa?" Heeseung memulangkan soalan.

Nafas dalam dihembus,"Yelah! Setiap kali nak ke tempat kerja, kita mesti kena berjalan. Kenapa tak sewa teksi ke bas ke?" Rungut Yuri sambil mengerakkan tangannya ke kiri dan ke kanan.

"Kau ni kan... Bersyukurlah boleh berjalan, jangan sampai aku potong kaki kau. Lepastu kau mengesot macam hantu, lepastu aku jahit mulut kau yang selalu merungut tu biar kau bisu..."

"Woo woo... cukup. Kejam sangat, aku belum bersedia untuk cacat fizikal okey." Kata Yuri memotong ayat Heeseung yang sudah berlebihan had ditelingga Yuri.

"Tahu pun, dah jom cepat." Jemari Heeseung terus tarik tangan Yuri supaya mengikut langkahnya.

"SESUNGGUHNYA aku menyesal ikut keputusan kau untuk berhenti sekolah. Penat tahu tak kerja ni." Rungut Yuri, badannya disandarkan pada kerusi.

Heeseung tampar bahu Yuri membutkan gadis itu mencebik. "Apa aku cakap kat kau pagi tadi?" Soal Heeseung, matanya dijegilkan.

"Bersyukur?" Jawab Yuri tidak pasti bersama sengihan. Heeseung anggukkan kepala sebaik sahaja mendapat jawapan yang tepat lagikan bersuluh.

Given-Taken Memories | LeeHeeseungWhere stories live. Discover now