B a b 0 2

56 12 0
                                    

"YURI." panggil Heeseung sambil melangkah ke arah Yuri yang sedang sibuk bermain telefon bimbitnya.

Yuri toleh memandang sahabatnya yang baru sahaja keluar dari bilik loker. Tunggu Heeseung salin baju macam perempuan make-up tahu, setengah jam baru nak siap.

"Kenapa?" Kening nipisnya dijongketkan kearah Heesung yang sedang melabuhkan punggung.

"Umm... malam ni Mama ada buat majlis dekat rumah, kau nak datang?" Tanya Heeseung.

Jemari Yuri yang asyik bergerak diatas skrin telefon itu terhenti. "Kejap! Hari ni... Hari... woah!" Yuri berhenti bersuara. Tapak tangannya menutup mulut, terkejut.

Heeseung tersengih apabila Yuri memandangnya. "Selamat hari jadi yang ke-19, Lee Heeseung!!" Ucap Yuri pada birthday boy yang sedang tersengih itu.

"Thanks. Kau nak datang tak?" Heeseung melontarkan soalan dengan penuh keterujaan berharap Yuri dapat datang ke majlisnya.

"Maaf tapi malam ni aku sibuk."

Hampa, senyuman manis dibibir Heeseung terus lenyap bagai dibawa angin sebaik sahaja mendengar jawapan Yuri.

"Tak apalah, aku tak paksa... Aku balik dulu." Kata Heeseung sebelum berdiri dan membelakangi Yuri.

"Pft! Ahahaha!" Yuri tersengih sebelum tawanya memecah ke segenap ruangan bilik pekerja yang sunyi itu sehingga menarik perhatian pekerja kafe yang lain.

Heeseung menoleh bersama kerutan didahinya, memandang Yuri bersama seribu satu persoalan.

"Gilalah kalau aku tak pergi! Kau kawan aku yang satu-satunya dalam dunia ni kot. Lagipun malam mana ada aku sibuk!" Kata Yuri bersulamkan ketawa.

Perkerja cafe yang belum pulang sudah berbisik sesama sendiri sambil memandang ke arah Yuri.

Biarlah orang nak cakap apa asalkan bahagia. Memang dua sahabat itu setiasa rapat dari awal berkerja di kafe itu malah, dari kecil lagi. Jadi kalau tak pernah nampak mereka gaduh atau melalak atau menganjing kat situ, bermakna kau bukan pekerja sebenar lagi disitu. Faham?

Heeseung menapak mendekati Yuri yang sedang leka ketawa. Hujung bibirnya terangkat sedikit, otaknya sudah tertera apa yang perlu dibalas.

"Yuri." Panggil Heeseung.

"Nae?" Yuri mendonggak.

Heeseung cantumkan ibu jari dan jari hantu lalu menjentik dahi lincin Yuri sehingga gadis itu terdonggak ke atas.

"Haiya!" Yuri pegang dahinya.

Heeseung pandang Yuri yang kecil itu dengan pandangan menggerunkan. "Baiklah. Jumpa kau malam nanti." Heeseung bersuara tanpa secalit senyuman dibibirnya.

"Aku melawak ja. Hiks!" Kata Yuri sambil bertentang mata dengan Heeseung. "Apa-apa jelah, daa!" Heeseung terus melangkah keluar dari bilik persalinan meninggalkan Yuri yang terkebil-kebil memandangnya.

Yuri kembali fokus pada telefon bimbitnya. "Eh? Tunggu sekejap..." Yuri mendonggak. "Bukan aku tunggu Heeseung ke?" Yuri pada diri sendiri.

"Eii! Sotong tukan!" Gumam Yuri geram. Dia terus capai beg galasnya dan lari mengejar Heesung.

"Woi!! Kenapa kau balik tak cakap?! Aku tunggu kau lama, kau tinggal aku? Tak guna!" Jerit Yuri pada Heesung yang sedang melangkah keluar dari Kafe.

Ketawa Heeseung terus pecah, "Aku ingatkan kau nak pergi beli hadiah untuk aku." Kata Heeseung tanpa menoleh ke belakang.

Yuri baling beg galasnya pada Heeseung, "Padan muka!" Gumam Yuri sambil mencerlung tajam ke arah Heeseung yang sedang mengosok kepalanya.

"Itulah berangan lagi." Perli Heeseung pada Yuri yang sudah hangus terbakar memandang dia, hampir terkeluar biji mata dari tempatnya.

Given-Taken Memories | LeeHeeseungWhere stories live. Discover now