B a b 0 4

44 12 0
                                    

MRS. JO toleh memandang suaminya yang dari tadi hanya berdiri disebelah. Satu-satunya anak mereka itu dipandang dengan sayu.

Sudah hampir dua minggu Yuri mengurungkan dirinya didalam bilik, keluar pun hanya untuk makan dan minum. Malah bertegur pun hanya dengan senyuman dan masuk ke dalam bilik semula.

"Awak... saya bimbangkan anak kita tu." Kata Mrs. Jo sambil melangkah bersama Mr. Jo ke ruang tamu.

"Awak nak apa lagi? Macam yang Dr. Jungkook katalah, dia akan rasa murung sedikit tapi nanti dia akan baik macam dulu." Mr. Jo mengulang semula kata-kata Dr. Jungkook tempoh hari.

"Hmm... okey." Gumam isterisnya sambil melabuhkan punggungnya diatas sofa.

Mr. Jo hanya menggelengkan kepalanya dengan karenah si isteri. Tak habis habis nak risau, kang sakit jantung tu pulak. Ular yang kecil sebesar cacing pun dah menjerit kebimbangan. Lumrah seorang isteri, bukan?

"Sayang... kita sebagai ibu bapa kenalah sokong Yuri. Bukannya risau tapi dekat mulut je." Ucap Mr. Jo sebelum melabuhkan punggung disebelah isterinya.

Si isteri terus menoleh, "Apa kita nak buat?" Soalnya bersama dahi yang berkerut seribu itu.

"Sayang rasa apa yang ibu bapa selalu buat?" Tuan Jo memulangkan soalan.

"Bagi kata-kata semangat?"

"Nope." Mr. Jo mengelengkan kepalanya.

"Favourite things?"

"Nope." Sekali lagi kepala Mr. Jo digelengkan.

"Habis apa? Nak bawak dia jumpa kawan-kawan? Macam tu?" Tanya Mrs. Jo, sudah malas untuk berfikir lagi asyik salah saja.

"Maybe?" Kening Tuan Jo terjongket sebelah. Lengannya terus menjadi mangsa cubitan si isteri. Inilah padahnya jika bermain dengan buaya betina, jangan dianggap lemah wahai kaum buaya jantan.

"Awak tanya, tapi awak pun tak tahu apa jawapannya." Marah Mrs. Jo, terbakar matanya mendengar jawapan dari mulut Mr. Jo.

Baru sahaja Mr. Jo hendak bersuara, bunyi loceng rumah bergema membuatkan sepasang suami isteri itu menoleh.

Ding! Dong!

Kaki si buaya betina itu, eh! Maaf silap, Mrs. Jo pantas menapak kearah pintu lalu membuka pintu buat seseorang.

Remaja yang muda setahun dari Yuri itu dipandang atas bawah, "Jake?" Kening Puan Jo berkerut sebelum memandang suaminya yang masih bertapa diatas sofa seperti tiada apa yang berlaku.

"Aunty, boleh saya jumpa dengan Yuri?" Soalan yang dilontarkan dari bibir merah jambu Jake membuatkan Mrs. Jo terdiam.

"Buat masa sekarang Yu-" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Jake lebih pantas memotong.

"Saya tahu."

YURI hanya berpeluk tubuh memandang Jake yang sedang tersenyum dihadapannya. Tegang sahaja wajah gadis itu memandang lelaki yang hampir sebulan tidak bersemuka dengannya.

Selepas berhenti dari sekolah, Jake langsung tak datang rumah Yuri. Dah lupa member agaknya.

"Lama tak jumpa de-" Baru sahaja Jake hendak bersuara Yuri mengangkat tapak tangannya tinggi dihadapan wajah Jake supaya lelaki itu diam.

Kertas dan pen diatas meja dicapai lalu jemari Yuri pantas mencoret sesuatu.

Keluar.

"Tak... aku datang sini nak tolong kau." Kata Jake sambil mengoyangkan tangannya seperti melambai dihadapan Yuri.

Kening Yuri terjongket sebelah mendengar kata-kata Jake. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis sebelum menulis sesuatu di atas muka kertas.

Given-Taken Memories | LeeHeeseungWhere stories live. Discover now