B a b 0 5

39 12 0
                                    

"BODOH Sunghoon!" Jerit Sunghoon pada diri sendiri lalu menumbuk dinding dihadapannya.

"Aku kena setia dengan janji aku." Monolognya seraya menyandarkan diri pada dinding.

"Tapi kenapa aku berjanji?" Sunghoon duduk menyerabutkan rambutnya. Kakinya terus ditarik dan dipeluk.

Dahi diletakkan diatas lutut. Kepalanya masing ligat berfikir tentang janji yang dibuatnya dulu.

Tak semua janji harus ditepati, bukan?

YURI yang dari tadi tersengih itu dipandang pelik oleh Jake. Berkerut habis keningnya melihat Yuri, selalu garang ja muka tapi hari ni macam kanak-kanak dapat gula-gula, tersengih sana, tersengih sini.

"Dah puas dapat bercakap balik?" Tanya Jake bila sudah rasa muak melihat Yuri tersengih seperti badut IT yang tidak berbayar. Rasanya lebih baik tengok dipawagan berbanding dengan Yuri.

"Mestilah!" Jawab Yuri teruja.

"Erk, lepas kita makan ais krim aku hantar kau balik. Dah macam orang gila pulak aku tengok kau." Kata Jake lalu menjilat ais krim yang di pegangnya.

"Hoki doki." Jawab Yuri sebelum menjamah ais krim ditangannya.

"Yuri, aku ada satu soalan."

"Apa?"

"Lepas ni apa kau nak buat?"

Kening Yuri terjongket sebelah mendengar soalan yang terkeluar dari bibir Jake, "Aku belum pasti lagi, kenapa kau tanya macam tu?" Giliran Yuri pula menyoal.

"Tak adalah, aku cuma tengah cari peguam dan memandang suara kau dah okey sikit... Apa kata kau jadi peguam nak? Lagipun kau tak buat apa pun, kan?"

"Kenapa aku? Banyak lagi orang dekat luar sana yang layak dari aku yang baru saja pulih. Lagipun aku bukannya pulih sepenuhnya. VNote ni pun ada had not suaranya." Yuri bersuara dengan lantang menafikan cadangan Jake.

"Sebab inilah, kau sesuai." Kata Jake membuatkan Yuri tayangkan muka datarnya.

Apa yang sesuainya dengan Yuri ni? Dahlah mulut tak berfilter ada hati nak jadikan dia peguam? Takut nanti dia yang jadi tertuduh.

"Aku dah lama nak kau jadi peguam tapi itulah degil seorang Jo Yuri bukan main lagi." Luah Jake pada Yuri.

"De... Apa?" Matanya dijegilkan apabila perkataan degil mengetuk gegendang telingganya.

"Fikir tentang ibu bapa kau, fikir tentang masa depan kau... tapi kalau kau rasa tak patut, aku tak paksa." Kata-kata Jake dinoktahkan dengan senyuman.

Jake dalam mempengaruhi untuk orang, semestinya pakar. Sampaikan Yuri yang tetap pendirian ni pun terdiam. Ilmu apa yang dia guna?

Air liur yang seakan berpasir itu ditelan. Kepalanya menunduk.

Patutkah aku?

"YURI, turun makan." Ajak Mrs. Jo selepas mengetuk pintu bilik Yuri.

Yuri anggukkan kepala walaupun dia tahu yang ommanya tak nampak dan boleh sahaja dia bersuara... tetapi apa riaksi Ibu bapanya bila dah tahu yang dia mampu bercakap seperti dulu?

Yuri melompat turun dari katil. Kakinya laju melangkah ke ruang makan.

Kedua-dua orang tuanya itu sudah berada dimeja menunggunya untuk makan bersama. Mrs. Jo donggak memandang Yuri yang sedang melabuhkan punggung diatas kerusi berhadapan dengannya bersama sengihan yang lebar bagai hendak terkoyak hujung bibirnya.

"Kenapa dengan senyuman tu?" Tegur si ayah pada anaknya yang dari tadi asyik tersenyum saja ketika makan.

Pantas Yuri mengelengkan kepalanya berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, padahal boleh sahaja dia bercakap.

"Yuri." Panggil ibunya membuatkan kening Yuri terjongket sebelah kerana namanya diseru.

"Ibu dapat panggilan dari kawan Yuri semalam, nama dia Sunghoon tak silap." Kata-kata Mrs. Jo terhenti seketika manakala mata budar Yuri sudah membulat apabila nama Sunghoon bergema hingga ke gegendang telingganya.

"Dia suruh Yuri jumpa dia dekat tempat semalam, ada hal mustahak yang dia nak bincangkan katanya." Tambahnya.

Mustahak? Apa yang mustahak? Yuri ada benda yang laaaagi mustahak!

Yuri keluarkan telefon bimbitnya lalu menaip sesuatu dan ditunjukkan kepada kedua ibu bapanya.

Yuri nak bagitahu sesuatu.

Sepasang suami isteri itu berpandangan. "Apa?" Tanya mereka berdua serentak.

Yuri tarik nafasnya sedalam yang mungkin sebelum menghembus semula. Perlahan-lahan Yuri membuka mulutnya.

"Yuri dah boleh cakap."

Sepasang suami isteri itu kelihatan terkejut sehingga jatuh rahang mereka melihat Yuri yang sedang tersenyum.

"Yuri tak tipukan?" Mrs. Jo meminta kepastian.

Yuri mengelengkan kepalanya, "Buat apa Yuri nak tipu."

Kedua-dua orang tuanya mengukirkan senyuman yang terukir sejuta rasa syukur. Bersyukur kerana anak mereka mampu berkata-kata semula.

TAP 

tap 

tap 

tap 

tap.

"Kenapa kau nak jumpa aku?" Tanya Yuri pada Sunghoon yang sibuk menaip sesuatu didalam komputernya. Siang malam pagi petang, hanya cahaya biru dari komputer sahaja yang menyuluh wajah Sunghoon.

Sungguh walaupun hanya kelihatan seperti pekerja yang sedang sibuk, lelaki ini sentiasa mempunyai idea yang mampu meletupkan minta sesiapa sahaja yang melihat. Segala alatan dimakmalnya adalah alatan masa hadapan.

Sunghoon menoleh, "Well... aku ingatkan dah tak nak datang."

Yuri putarkan anak matanya, "Dah sampai kau telefon ibu aku, memang aku kena datanglah. Apa yang mustahak sangat?" Punggungnya dilabuhkan diatas kerusi, tangan bersilang didada.

"Tawaran Jake." Jawab Sunghoon lalu menyandarkan badannya pada kerusi. Secawan kopi dicapainya lalu dihirup.

Diam.

Yuri berada didalam dunia sendiri apabila teringatkan kata-kata Jake tempoh hari.

"Fikir tentang ibu bapa kau, fikir tentang masa depan kau... tapi kalau kau rasa tak patut, aku tak paksa"

Dulu itulah yang di impikan Yuri tetapi lepas apa yang dilakukannya ketika sekolah dahulu, peluang untuk menjadi peguam sangat tipis. Kemahiran bahasa inggerisnya teruk, semuanya kerana ponteng kelas.

Sunghoon petik jarinya dihadapan Yuri.

Pak!

"Oi! Jauh termenung." Tegur Sunghoon, Yuri yang tertunduk itu terus menoleh. "Umm... pasal peguam tu aku tak pastilah lagipun ak-"

"Kenapa? Sebab kau bengap inggeris?" Ayat Yuri terus dipotong oleh Sunghoon keningnya dijongket berkali-kali. Apakah?! Sampai hati lelaki tak berhati perut itu cakap begitu dengannya.

Yuri mencebik, "M-mana ada!"

Terus pecah ketawa Sunghoon melihat muka merah Yuri. Kepalanya turut sama digeleng. Benda betul tapi masih tak nak mengaku, ego teruk betul!

"Jangan risau, aku boleh ajar kau." Kata Sunghoon bersama baki ketawanya manakala Yuri pandang Sunghoon dengan mata yang bersinar, bukan mudah untuk dapatkan seorang guru tahu?

"Tapi dengan satu syarat." Jari telunjuk milik Sunghoon diangkat tinggi membuatkan kening Yuri terjongket sebelah.
Sunghoon bangun dan bisikkan sesuatu di telinga Yuri.

"Apa?!"

-Tbc-


Chap ni pendek sowwy...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 23, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Given-Taken Memories | LeeHeeseungWhere stories live. Discover now