28 - 🎭

13 3 28
                                    

Bunyi mesin denyutan nadi membuatkan angel terjaga dari lena panjangnya . Dia memandang ke arah sekeliling sebelum mengeluh pelan

"Busuk odo bau ubat . Haih"

"Baru sedar ? Ingatkan nak sambung tidur sampai kau mampus"

Pantas angel memandang ke arah belah kirinya . Dia menggulingkan mata ke atas melihat yongseung yang sedang tekun menatap telefon

"Pahal kau ada dekat sini ?"

Yongseung mengalihkan pandangan dari memandang telefonnya . Kini dia tumpukan perhatian terhadap angel dengan pandangan dingin

"Kau pulak , pahal kau ada dekat sini ?"

Angel berdecit pelan . Dia cuba untuk bangun tetapi agak susah tatkala perutnya berasa senak . Yongseung yang berada di sebelah , sedikit pun tidak berasa ingin menolong angel

Setelah bersusah payah bangunkan diri dari baring . Dia menelan air liur kelat dan memandang air kosong yang berada di hadapannya . Lagi sekali dia mengeluh pelan sebelum memejamkan mata erat

Mungkin terasa geram tatkala air kosong itu berada jauh di hadapannya . Lelaki di sebelah dia ? Jangan harap angel mahu meminta pertolongan dari lelaki itu  , waktu dia ingin bangun tadi dia sudah tahu yang yongseung ni memang bapak segala iblis

"Nah"

Tersentak angel memandang air kosong di hadapannya . Tanpa mengucapkan terima kasih , dia mengambil air itu dan meneguk rakus dengan mengabaikan tatapan yongseung

"Boleh aku tahu apa yang jadi dekat kau ?"

Soalan secara tiba dari yongseung membuatkan angel mengangkat kening sebelah secara mengejut

"Untuk ?"

"Aku bos kau , mana la tahu kau buat perangai sampai jadi macam ni sebab tak dapat cuti kan ? Lagipun kau sendiri yang cakap kau ni bodoh"

Angel menarik nafas dalam dan tersenyum sinis memandang yongseung yang masih mengekalkan riak dinginnya

"Ouh aku lupa aku bodoh . Apa yang jadi dekat aku semalam ya ? Erm , aku lupa la"

Sengaja angel tersenyum manis ke arah yongseung lalu mengalihkan tatapannya dari memandang mata yongseung yang secara tiba-tiba bertukar redup

"Jangan nak berlo-"

"Angel ! Kau okey tak ?!"

"Keeho ? Kau buat apa de-.. Eh ravn ? Shownu ? Korang dah apahal buat kenduri dekat wad aku ni ?"



























[ √ ] • Bad Savage | YongseungWhere stories live. Discover now