"Angel betul ke apa yang aku dengar ni ?"
Angel memegang kepalanya apabila terasa pening . Wajah keeho yang menghiasi di depan matanya sedikit pun tidak dipandang
"Angelina ! Answer me sayang !"
"Ya ! Memang aku akan kahwin tak lama lagi . Tolonglah keeho , bagi aku tenangkan fikiran aku kejap . Aku penat" mengeluh pelan angel menatap raup wajah keeho yang sudah mula memerah
"Dengan siapa ?!" Dicengkam kuat bahu angel membuatkan angel meringis sakit . Angel mencuba tepis kasar , tetapi tidak dapat apabila keeho makin kuatkan cengkaman tersebut
"Le..- lepas keeho , sakit"
"Jawab angel ! Dengan jantan mana kau nak kahwin ?!" Dijerkah kuat ke arah muka angel membuatkan angel menangis teresak-esak
Dia menatap lemah wajah keeho yang masih menahan amarah
"Yongseung . Aku kena atur kahwin keeho . Aku tanak pun kahwin dengan dia . Aku tanak pun . Tapi bapa aku paksa . Aku tak tahu nak buat apa dah keeho"
Esakan kuat dari angel membuatkan cengkaman keeho makin longgar dari bahu angel . Dia menarik nafas dalam sebelum memasukkan badan angel ke dalam dakapannya . Cuba memujuk
"Kenapa kau tak lari angel ?"
Angel menggeleng pelan menyebabkan keeho tersentak seketika . Dia melepaskan pelukannya dan menatap dingin ke arah wajah angel
"Kenapa ? Ke kau memang nak kahwin dengan dia ?"
"Ya tuhan keeho . Aku dah cakap aku tanak kahwin dengan dia . Tolonglah faham aku"
Keeho merengus geram . Dia bercekak pinggang memandang ke arah langit cuba untuk bertenang
"Kita kahwin lari ?"
Membulat mata angel memandang keeho yang serupa tidak waras . Dia menggeleng pantas sebelum cuba untuk larikan diri darinya
"Angelina !" Dipegang kasar tangan angel dengan nafas termengah-mengah akibat mengejar angel . Sedikit meronta angel ingin melepaskan gengaman keeho
"Lepaskan aku keeho ! Kau gila ! Lepaskan aku la sial !"
Baru sahaja keeho ingin menaikkan tangan , dia ditahan oleh tangan lain yang sudah mencengkam kuat tangan keeho
Mencerlung tajam keeho memandang gerangan tersebut . Ditarik kasar tangannya yang dicengkam gerangan itu
"Kau siapa ? Kenapa sibuk hal aku dengan dia ?"
"Tak perlu tahu kot"
Ditarik angel menghampirinya dan berlalu pergi ingin meninggalkan keeho , tetapi tangan keeho yang secara tiba-tiba memusingkan kasar badan angel membuatkan gerangan yang menghalang tangan keeho tadi melemparkan sebuah tumbukan terhadap dirinya
"Jangan ganggu dia lagi yoon keeho"
"Kau siapa ha sial ?!" Turun naik dada keeho sambil memegang pipinya yang berasa sakit
"Bakal suami dia , puas dengan jawapan aku ?"
YOU ARE READING
[ √ ] • Bad Savage | Yongseung
Azione[ Missing someone isn't about how long it has been since you'e seen them or the amount of time since you'e talked . It's about that very moments when you're doing something and wishing they were right there with you ]