44 - 🎭

17 3 36
                                    

"Dah lama tunggu ?"

Sebaik sahaja angel masuk ke dalam kereta keeho , terus sahaja keeho mengusap pelan rambut angel membuatkan dia berdecit pelan . Di tepis tangan keeho dari menyentuh rambutnya

"Dalam 5 minit macam tu"

"Ingatkan tak mahu ikut . Apa mimpi kau setuju dengan ajakan aku ni ? Ouh , kau memang nak date dengan aku ya ?" Terkekeh pelan dia melihat raup menyampah angel

"Aku bosan duduk rumah sorang-sorang . Lagipun aku nak balas budi kau" angel berpeluk tubuh memandang jalan di hadapannya . Hujan yang renyai-renyai membuatkan dia mengusap pelan bahunya

"Budi ? Budi apa ?" Dikerling sekilas ke arah angel sebelum membuka jaket hitamnya dan berikan kepada angel

"Kau lupa ? Kau kan pernah selamatkan aku hari tu" tersenyum nipis angel sambil membetulkan jaket keeho di bajunya

"Selamatkan ? Ah , ouh ya selamatkan" dia mengganguk kecil membuatkan angel mengerutkan dahi seketika

"Kenapa kau macam ragu-ragu ni ? Ke , orang lain selamatkan aku hari tu ?" Angel memusingkan badan memandang ke arah keeho yang sedang fokus memandu

"Ah ? Mana ada . Betulla aku yang selamatkan kau hari tu . Kenapa ? Kau tak percaya aku ?"

Kini keeho memandang angel tatkala mereka berhenti di traffic light . Mata redup dari keeho membuatkan angel menelan air liur kelat , pantas dia memandang ke arah lain dan mengganguk laju

"Ya ya , aku percaya kau"

Tersenyum lebar keeho melihat kecomelan angel . Kepala angel yang sedang bersandar di kusyen , pantas dia menarik kepala angel dan meletakkan di bahunya

"Yah ! Kau ingat aku nak tidur ke bebal ?" Baru sahaja angel ingin mengangkat kepalanya , keeho menahan dengan telapak tangannya ditekap di pipi angel

"Stay like this for a moment angel . Aku sejuk"

Berdecit pelan angel lalu membiarkan kepalanya di bahu keeho membuatkan keeho tersenyum kecil . Tanganya yang berada di pipi angel , diusap lembut

"Angel ak-"

Terhenti ayat keeho tatkala terdengar bunyi dekuran dari angel . Dia terkekeh pelan lalu mencium sekilas dahi angel

"Aku akan balas dendam untuk kau sayang . No one can touch my girl . Sabar sayang , tinggal lagi tiga orang barula kita boleh hidup bahagia bersama"



































[ √ ] • Bad Savage | YongseungWhere stories live. Discover now