" mianhae. mianhae jaehyun... " aku mengalirkan air mata di hadapan lukisan potret milik jung jaehyun. berjuta juta memori diulang kembali di dalam kotak ingatan, membuatkan rasa sedih semakin menguasai.
gambaran jaehyun yang sentiasa tersenyum setiap kali merenung tepat ke dalam mata aku terpapar di fikiran seakan filem yang ditayangkan melalui projektor.
aku meneliti setiap satu butiran yang jaehyun masukkan di dalam potret tersebut.
taman dipenuhi pelbagai bunga, matahari terang menandakan musim panas, dan beberapa butiran lain yang memang aku dan dia sahaja yang tahu maksud disebaliknya.
air mata yang aku sangka semakin reda terus mengalir deras di pipi.
perit. perit sangat. hati terasa berat dan penuh dengan beban. aku menangis dengan rasa bersalah dan menyesal sehingga tiada bunyi lagi yang keluar dari mulut aku.
jaehyun... maafkan saya.
saya rindu awak.
⊱ ────── {.⋅ ✯ ⋅.} ────── ⊰
no longer, 2020.
by : HW4YOUTH.
YOU ARE READING
NO LONGER. | ↬ 𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐞𝐡𝐲𝐮𝐧.
Short Story『 COMPLETED. 』 ➯ 𝐁𝐎𝐍𝐔𝐒 𝐒𝐇𝐎𝐑𝐓 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 ❝ 𝐓𝐈𝐌𝐄𝐋𝐄𝐒𝐒.❞ started: 141220 ended: 141220 ©️HW4YOUTH