tut tut...tut tut..
" hello? "
" awak kat mana? "
kaki yang dari tadi rancak bergoncang, dihentikan tatkala panggilan dijawab setelah beberapa kali mencuba. keadaan bilik yang gelap dan sejuk menambahkan rasa gelisahnya. lukisan yang dipegangnya dari tadi ditenung beberapa kali sambil menunggu respon di talian.
jaehyun kekal mendiamkan diri. tiada respon langsung dari sooah setiap kali soalan tadi ditanya.
tak lain tak bukan, alasannya sentiasa " busy ".
" mian, jaehyun-ah "
serta merta jejaka tersebut mengeluh apabila terdengar bunyi bising yang menjadi latar suara di bahagian sooah.
" nanti saya call awak balik "
tut..tut..tut..
seperti sudah menjadi rutin hariannya, dia mencampakkan telefon di atas sofa dan meletakkan lukisan potret tadi di atas meja lalu terus bergerak ke katil untuk melelapkan diri.
ji sooah. bukanlah girlfriend mahupun sekadar bestfriend, tapi cukup istimewa bagi jaehyun untuk membiarkan dia kekal berada di sisinya walau macam mana buruk sekalipun layanan sooah terhadapanya.
dalam makna yang lebih mudah, seseorang yang dia sayang lebih dari dirinya sendiri.
-
" apa kau buat kat sini? "
perlahan lahan jaehyun mendekati sooah yang mungkin sedang malu apabila dijumpai oleh seseorang ketika dia sedang sibuk mengeluarkan air mata yang tersimpan.
bukan salah jaehyun, dia juga hanya mahu mencari tempat untuk dia meluangkan masa sementara kelas sedang berlangsung.
" bukan masalah awak pun "
dia menggaru kepala yang tidak gatal sebelum membalas,
" masalah aku jugakla sebab aku nak cop tempat ni "
sooah memandangnya dengan penuh rasa takpuas hati. matahati di musim panas membuatkan keningnya berkerut cuba mendongak memandang jaehyun yang lebih tinggi darinya.
" awak takreti faham situasi ke sekarang ni? "
jaehyun mengeluh. " fine kau tengah nangis maybe sebab baru lepas kena tinggal and aku macam tiba tiba interrupt kau, sekarang ni aku nak suruh kau gerak tempat lain sebab tempat ni je redup, then? "
" tsk "
" oi oi! " dia serta merta cuak sebaik sahaja sooah mula mengalirkan air mata sekali lagi.
" lelaki semua sama! tsk... saya nak lepaskan sikit je... tsk... kenapa takda satu benda pun yang betul dalam hidup saya! "
jaehyun buntu. asudah, apa aku nak buat ni?
" saya suruh awak faham saya sikit je.. tsk... tak banyak pun! tsk... "
" nah "
dia mencampakkan blazernya untuk menutup wajah sooah yang tak henti menangis.
" cover sikit muka tu, buruk "
walaupun hakikatnya itu pertama kali jaehyun melihat riak wajah sedih rakan sekelasnya yang selalu tersenyum. pelik, entah kenapa dia rasa teruja.
jaehyun berdehem sebelum mula bersuara,
" aku taktau apa jadi kat kau tapi cheer up, everything will be okay "
" jaehyun-ah "
dia tersentak tatkala namanya disebut secara mesra.
" saya taktau pulak awak baik macamni! "
jaehyun kaku. wajah tersenyum sooah mampu membuatkan dia terasa hangat sehingga telinganya menjadi merah.
apa ni? sooah je kot, kenapa sampai macamni sekali aku excited?
dia membiarkan perasaan itu, tanpa sedar semakin lama dipendam, semakin kuat dan perit jadinya.
YOU ARE READING
NO LONGER. | ↬ 𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐞𝐡𝐲𝐮𝐧.
Short Story『 COMPLETED. 』 ➯ 𝐁𝐎𝐍𝐔𝐒 𝐒𝐇𝐎𝐑𝐓 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 ❝ 𝐓𝐈𝐌𝐄𝐋𝐄𝐒𝐒.❞ started: 141220 ended: 141220 ©️HW4YOUTH