2.

102 18 4
                                    

pelik.

setiap kali aku menutup mata, aku pasti akan teringat hari terakhir jaehyun meluangkan masa dengan aku.

dan setiap kali aku bangun dari mimpi ngeri tu, jaehyun terus muncul untuk menenangkan aku.

memang dah takda jalan keluar dari mimpi ni ke?

" sooah. "

aku menoleh memandang jaehyun yang berada di sebelah aku, sibuk menghabiskan lakarannya.

" dua tiga hari ni awak asyik terjaga pukul 3 4 pagi, taknak cerita ke pasal nightmare awak tu? "

aku tersenyum kecil. " risau ke? "

" risau la, awak tu dahla kuat bekerja, tak elok kalau tak cukup tidur. "

hampir saja rasa sebak menguasai diri apabila mendengar kata kata jaehyun yang penuh dengan kerisauan.

rindu. saya rindu sangat nak dengar suara awak macamni.

" jaehyun-ah, saya.. "

saya sayang awak.

" ye saya? " jaehyun mengalihkan pandangannya untuk memandang aku.

aku mengeluh kecil. " takda apa. "

pada waktu waktu macamnila, aku rasa sakit hati untuk kekal terperangkap dalam mimpi ni.

perkataan yang aku cuba sampaikan kepada jaehyun tidak mampu dikeluarkan, seolah olah ada sesuatu yang menyekat suara aku daripada kedengaran pada waktu tersebut.

saya sayang awak jaehyun-ah. saya sayang awak sangat sangat.

kejam. sangat kejam. mimpi ni seakan menjadi tempat untuk aku menerima hukuman aku bagi segala kesilapan aku sebelum ni.

beribu kali aku cuba untuk mengenggam erat tangan jaehyun, mengusap pipinya dan bermain dengan rambutnya, namun gagal pada setiap percubaan.

jaehyun di dalam mimpi ni seolah olah hanya setakat hologram, ataupun sekadar bayang bayang. tubuh badannya boleh dilihat, suaranya boleh didengari tetapi tidak boleh disentuh.

kejam. betul betul kejam.

the only thing i have now, is to dream of you.

NO LONGER. | ↬ 𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐞𝐡𝐲𝐮𝐧.Where stories live. Discover now