badan aku terasa lemah. entah sudah berapa hari aku tak menjamah makanan sebenar, tidur pula asyik diganggu dengan mimpi yang sama.
apa je cara untuk aku kembali ke realiti?
" sooah.. berapa lama awak nak kekal macamni? "
aku memandang lama jaehyun yang berdiri disebelah katil aku sejak tadi. mungkin dia juga sedar apabila melihag muka aku yang semakin pucat.
" saya okay, asalkan saya ada awak. "
jaehyun menggeleng perlahan. " sooah, awak kena balik. jebal.. "
aku tersentak. balik? balik ke mana lagi?
" apa maksud awak, jaehyun? "
dia mengambil tempat di hujung katil, betul betul bersebelahan aku dan mengenggam tangan aku, erat.
aku terus beralih ke posisi duduk apabila terasa sentuhan jaehyun.
" sekejap, saya boleh sentuh awak? "
" sooah. "
" dengar cakap saya. "
jaehyun memandang tepat ke dalam mata aku sebelum menarik nafas panjang.
" tolonglah, jangan hentikan masa awak. "
" berhenti fikir pasal saya, berhenti salahkan diri awak. "
" berhenti hidup dibebani dengan rasa bersalah awak. "
setiap satu ayat yang dikeluarkan oleh jaehyun membuatkan airmata aku berlinangan.
" berhenti cuba putar balik masa, dan berhenti cari memori saya dalam ingatan awak. "
" hentikan seksaan mimpi yang awak sendiri reka ni "
aku menggelengkan kepala saat tersedar kata kata jaehyun tadi adalah kenyataan sebenar disebalik mimpi yang asyik berulang.
pipi dibasahi dengan air mata yang deras mengalir, melihat riak wajah jaehyun yang penuh dengan kerisauan.
" saya takboleh berhenti kat sini, jaehyun-ah "
" saya takboleh pergi sekarang, saya taknak tinggalkan awak lagi. "
" saya nak hidup dalam mimpi ni... dengan awak.. tolonglah. "
jaehyun tersenyum nipis sebelum membelai lembut rambut panjang aku.
" sooah, gerakkan masa awak sekali lagi. "
" saya cuma nak awak bahagia. "
aku mengenggam selimut sambil kepala ditundukkan. air mata yang tidak henti mengalir dari tadi terus membasahi pipi.
" saya takkan boleh bahagia tanpa awak di sisi saya, jaehyun. "
" sooah, please? "
aku mengunci mulut dari menyebut tiga perkataan tersebut. aku memang seboleh bolehnya hanya mahu tinggal di sini, bersama dengan jaehyun.
" sooah, pandang saya. "
jaehyun memegang dagu aku dengan lembut untuk membuatkan aku memandang tepat ke dalam matanya, sebelum perlahan lahan mengucup bibir aku dengan lembut.
hati terasa berat. minda dipenuhi dengan pelbagai benda. aku tak sanggup nak lepaskan jung jaehyun.
" ji sooah, saya sayang awak. "
saat mata kami bertemu pada masa yang sama, aku akhirnya mengucapkan ayat tersebut.
" saya sayang awak, jung jaehyun. "
-
perlahan lahan aku membuka mata, terus mendapati aku sedang berada di hospital sebaik sahaja ternampak siling kaki lima hospital.
kelihatan beberapa doktor dan jururawat yang sibuk menolak katil ini untuk dibawa ke bilik pembedahan.
aku mengalirkan air mata sekali lagi saat teringat mimpi yang terasa sangat lama tadi.
jung jaehyun,
saya janji saya takkan lupakan awak walaupun ketika kelahiran semula.
terima kasih untuk semua yang awak korbankan untuk saya, jaehyun.
saya sayang awak, sampai hujung nafas saya.
FIN.
timeless, bonus short story featuring ji sooah.
by HW4YOUTH.
terimakasih buat yang sudi baca no longer + timeless! pape jumpa lagi di buku seterusnya :)
YOU ARE READING
NO LONGER. | ↬ 𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐞𝐡𝐲𝐮𝐧.
Historia Corta『 COMPLETED. 』 ➯ 𝐁𝐎𝐍𝐔𝐒 𝐒𝐇𝐎𝐑𝐓 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 ❝ 𝐓𝐈𝐌𝐄𝐋𝐄𝐒𝐒.❞ started: 141220 ended: 141220 ©️HW4YOUTH