4.

96 21 12
                                    

beep!

" mian jaehyun-ah, saya tahu awak penat, tapi boleh awak singgah taman dekat dekat apartment awak tak? saya ada benda nak bagitahu. terus gerak sana bila awak dapat mesej ni. saya tunggu awak sampai awak munculkan diri. "

jaehyun yang baru selesai dengan appointment dengan doktor, terus bergerak ke bilik wadnya untuk menyalin pakaian dengan segera.

sekarang dah pukul 1130 malam, lama sangat dia biarkan sooah menunggu dirinya. macam mana kalau dia demam? ahh jaehyun kenapa kau kena sakit time time macamni!

" yah hyung, nak pergi mana? " haechan dan jaemin yang baru tiba untuk melawat, terpinga pinga melihat jaehyun yang masih lagi tidak stabil sibuk menukar ke pakaian casual.

" tolong cover untuk aku jap, ada hal "

" hyung!! "

-

teksi dan bas sudah tidak beroperasi. jaehyun tiada pilihan, dia terpaksa berlari ke apartmentnya yang berdekatan dengan hospital.

dia memeriksa degupan jantungnya. masih normal. semoga dia sempat bertahan hingga ke taman permainan nanti.

ketika berlari, jaehyun sedar ini bukannya keputusan yang betul untuk berlari dalam cuaca sejuk dengan keadaan begini, namun apabila terfikirkan sooah yang kesejukan menunggunya di taman, dia terus berlari walaupun jantungnya semakin lemah.

sooah. tunggu saya.

jebal, saya pun ada sesuatu nak cakap. saya dah takboleh tahan perasaan ni.

i love you. i love you. i'll tell you all of my heart.

i'm running to you right now, because all of my moment want you.

sebaik sahaja jaehyun sampai di taman, dia cuba membetulkan nafasnya supaya tidak kelihatan teruk di hadapan sooah.

" jaehyun-ah! "

tatkala dia terlihat wajah tersenyum riang sooah yang melambainya dari jauh, dia juga tersenyum lebar tanpa disedari.

" awak lari ke datang sini? bahaya la lari waktu waktu macamni! "

" takpe, saya okay. nah heat pack "

jaehyun menghulurkan beberapa heat pack untuk sooah yang kesejukan menunggunya.

" ada apa awak panggil saya harini? macam serious je bunyi "

senyuman sooah mati. hakikatnya dia sendiri belum bersedia untuk memberitahu berita ni.

" mak saya... nak saya bertunang. "

jaehyun terdiam. " dengan siapa? "

" doyoung. "

jaehyun kehilangan kata kata. tak cukup dengan berita sooah rela hati terima lelaki yang baru beberapa minggu mengenalinya, dia tambah dengan berita mahu bertunang?

" awak suka doyoung? "

sooah tersentak. jelas sekali dia memang tak expect soalan tu datang dari mulut jaehyun sendiri. sooah kekal mendiamkan diri.

nafasnya menjadi semakin berat. sedar atau tak, jaehyun terasa sukar untuk bernafas. seolah ada sesuatu di dalam hati yang memberatkan pernafasannya.

pada ketika itu, jaehyun betul betul sedar. mungkin tiba masanya untuk dia betul betul berterus terang, selagi ada masa. dia merenung wajah sooah.

perlahan lahan dia mendekati sooah, dan mengucup lembut dahi kecil milik ji sooah.

" ji sooah. "

" saya sayang awak. "

sebaik sahaja ayat tersebut dituturkan, jantung lemah milik jung jaehyun tidak mampu bertahan.

NO LONGER. | ↬ 𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐞𝐡𝐲𝐮𝐧.Where stories live. Discover now