5.

119 21 9
                                    

aku mula terasa sebak selepas meneliti satu demi satu lakaran dan lukisan hasil jung jaehyun yang disusun kemas di dalam biliknya.

satu lukisan yang diletakkan di atas meja kerja jaehyun menarik perhatian aku. perlahan lahan aku memusingkan kanvas tersebut.

serta merta hati terasa berat melihat butiran lukisan tersebut.

" sooah. "

" saya sayang awak. "

airmata yang terkumpul dari tadi terus mengalir tatkala teringat saat saat terakhir aku dan jaehyun.

saya menyesal tunggu awak, jaehyun.

saya menyesal tak jujur dengan awak.

saya menyesal sakitkan hati awak walaupun awak kekal di sisi saya.

saya dah sakitkan, lukakan awak banyak kali.

" mianhae. mianhae jaehyun... " aku mengalirkan air mata di hadapan lukisan potret milik jung jaehyun. berjuta juta memori diulang kembali di dalam kotak ingatan, membuatkan rasa sedih semakin menguasai.

gambaran jaehyun yang sentiasa tersenyum setiap kali merenung tepat ke dalam mata aku terpapar di fikiran seakan filem yang ditayangkan melalui projektor.

aku meneliti setiap satu butiran yang jaehyun masukkan di dalam potret tersebut.

taman dipenuhi pelbagai bunga, matahari terang menandakan musim panas, dan beberapa butiran lain yang memang aku dan dia sahaja yang tahu maksud disebaliknya.

air mata yang aku sangka semakin reda terus mengalir deras di pipi.

perit. perit sangat. hati terasa berat dan penuh dengan beban. aku menangis dengan rasa bersalah dan menyesal sehingga tiada bunyi lagi yang keluar dari mulut aku.

jaehyun... maafkan saya.

saya rindu awak. kalau saya tahu masa saya dengan awak pendek, saya takkan main main dan buang masa tunggu awak.

maafkan saya.

















fin.

⊱ ────── {.⋅ ✯ ⋅.} ────── ⊰

no longer, jung jaehyun. 2021.

> first nct short story by HW4YOUTH.

-
dia macam hambar tapi kita cuba.
(ayat in bold font = lyrics)

-

BONUS TIMELESS +JI SOOAH POV.

⬇️

NO LONGER. | ↬ 𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐞𝐡𝐲𝐮𝐧.Where stories live. Discover now