FUA 12

72 12 4
                                    

Pintu sebelah kiri bahagian belakang di buka dan beg sandang yang berisi pakaian yang elok tergalas di bahu itu diletak perlahan.

Usai, Dzulqarnain bergerak menuju ke arah Aki dan tok mak yang juga sedang berdiri di depan tangga rumah kayu setingkat tersebut. Tangan dihulur ke arah aki dan disambut Aki pula dan badannya ditarik ke dalam pelukan. Erat.

" Ingat apa yang Aki suruh tu, kalau kamu tak nak juga siaplah kamu. Aki cari kan isteri nanti baru padan dengan muka." Aki sempat lagi mengugut selepas pelukan dileraikan.

"Aloh Aki, apa ni main ugut-ugut gitu. Tak cool la Aki ni." Dzulqarnain tarik muncung, sengaja buat-buat merajuk sambil kemudian memghulurkan salam kepada tok mak yang dah tersenyum melihat gelagat keanak-anakan nya itu. Walau usia dah dikira sebagai matang, bila berada bersama Aki dengan tok mak dia memang tidak segan silu menunjukkam sikap manjanya itu. Dengan papanya sendiri pun dia tak berkelalakuan seperti ini.

"Ikut mu la, Dzul. Malah baso aku. (Suka hati kamu la Dzul. Malas layan aku)." Malas saja nada Aki membalas.

"Doh bakpo kalut sangat nok kelik ni? (Dah kenapa kalut sangat nak balik) Haritu beritahu kat tok nak balik lama. Ni baru sampai dua tiga hari dah nak pergi balik." Tok mak pula bersuara, meluahkan rasa ketidakpuasaan hati dengan keputusan Dzulqarnain yang tiba-tiba itu.

Elok sudah makan tengahari, cucunya itu dengan tiba-tiba bagitahu yang dia terpaksa balik ke Kuala Lumpur petang itu juga.

" Maaf la tok. Memang ingat nak duduk lama, Tapi terlupa pula dah ada janji dengan orang nak ganti untuk uruskan satu majlis di universiti. Jadi terpaksa la balik juga." Serba salah muka Dzulqarnain ketika menjawab. Dia memang dah berhajat nak tinggal boleh seminggu di kampung, tapi terlupa pula yang dia ada janji dengan Puan Karmila yang dah meminta pertolongan darinya untuk menjadi pengarah majlis untuk suatu acara yang akan dijalankan lusa.

'' Tak apa la kalau macam tu. Tak ada rezeki kami la tu nak tengok kamu lama-lama.'' Sayu saja nada balasan dari Tok mak buat hati Dzulqarnain sekali lagi di garu rasa serba salah. Tapi nak buat macam mana bila mulut dah terlanjur berjanji.

''Maaf ya tok, nanti Dzul balik lagi ya?'' Dzulqarnain tersenyum memujuk.

''Dah la tak payah layan tok mak mu ni. Saja dia je mengada dekat kamu.'' Balas Aki pula dengan nada yang sengaja ingin mengusik si isteri yang disayangi itu. Kata-katanya itu dibalas dengan muka geram oleh tok mak buat Dzulqarnain yang melihat terhibur. Haih dah tua pun comel lagi pasangan di hadapannya itu.

''Dzul balik dulu ya, jaga diri elok-elok. Jangan bergaduh pula nanti.'' Sempat saja Dzulqarnain mengusik sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kedua atuk neneknya itu sebelum badannya diloloskan kedalam kereta.

Hon dibunyikan sebelum bayang keretanya mula menhilang di balik pokok-pokok kelapa yang tinggi lampai.

Earphone tanpa wayar diambil dan tangan mula menekan nombor seseorang di skrin telefon pintarnya itu.

''Ahmad, aku nak jumpa kau petang nanti. Lepas asar, tempat biasa.'' Terus di matikan panggilan itu tanpa menunggu balasan dari Ahmad dari talian sebelah. Dia tahu mesti Ahmad sedang tayang muka geram untuknya di talian sana apabila dia hanya mematikan telefon begitu saja.

Ada sesuatu yang sedang asyik bermain di kepalanya dan dia rasa Ahmad mungkin tahu jawapan yang dia sedang gali dan cari ini.

Minyak di tekan seiring kelajuan keretantya bertambah. Dia dah tak sabar untuk meneroka misteri yang dah membelengu dirinya sejak kemalangan yang menimpa dirinya itu.



*


Fatimah untuk Ali (ON HOLD)Where stories live. Discover now