Zahra mula melangkah masuk ke ruang kafe yang sudah separuh penuh itu.Matanya melilau mencari kelibat sahabat-sahabatnya yang berjanji untuk berjumpa di situ dahulu sebelum menuju ke perpustakaan.
Setelah beberapa saat mencari,matanya bertembung dengan mata sahabatnya yang sedang enak menjamu selera itu.Lantas langkah diatur perlahan menuju ke bahagian tengah kafe tersebut.
''Cepat betul kelas korang habis.''Zahra menegur seraya duduk di sebelah Kaisara yang sedang enak mengunyah nasi .
''Biasa lah,ustazah kitorang memang baik kut.''Ariana yang berada dihadapannya itu menjawab.Zahra mencebik tanda mengusik.
''Ya la,lecture aku jugak yang garang.Baru je lepas kena piat telinga ni weh.Haih,satu kelas kut tengok.Nasib baik bukan aku sorang yang kena.''Zahra meluah perasaan.Memang macam tu pun dia setiap hari jumaat.Apa la nasib dapat lecture untuk subjek bahasa arab yang agak garang.
Ariana dan Kaisara yang baru sudah mengunyah itu ketawa.Ara menjeling.Ini la dia jenis tak kesian member.
''Tabah la weh,dah rezeki kau dapat lecture macam tu.Nak buat macam mana lagi.''Ariana membalas.''Eh,ni kau tak nak makan ke apa?duk tercongok tengok kitorang makan ni kau kenyang ke?''Tambah Ariana lagi.Pelik melihat rakannya nan sorang ini.Selalu asyik lapar je semedang.Ni tak lalu makan ke pulak?
''Aku tengok korang makan pun dah kenyang.''Zahra menjawab sambil mengukir senyuman mengusik.
Ariana dan Kaisara serentak buat muka tahan muntah.Gila cringe ayat budak ni.Kena sampuk ke apa masa kelas tadi.
''Kau jangan.Aku punya nasi ada separuh lagi ni.Jangan membantutkan selera aku okey.''Kaisara memberi amaran.
''Alah korang ni,nak acah sweet sikit pun tak boleh.''
Ariana dan kaisara tayang muka meluat.
''Aku tak lalu la makan kat kafe ni.Lagipun-''Zahra memberhentikan ayatnya.Kepala didekatkan ke tengah gaya seperti ingin memberitahu rahsia besar.Kaisara dan Ariana melayan. ''Ayam dia kurang masak la.''Sambung Zahra sambil menarik balik kepalanya.
''Aku bukan tak bersyukur tau tapi tak boleh nak masuk dalam tekak weh.''Sambungnya lagi.
''Ha ye lah,macam –macam kau ni kan.''Omel Kaisara sambil menyambung semula suapannya yang terhenti tadi.
Zahra hanya menayangkan sengih.Telefon yang berada di tangan dihidupkan lantas aplikasi whatsapp dibuka.Di lihat satu-satu status milik rakan-rakanya.Macam-macam luahan.Biasa la hidup seorang pelajar.
Jam di tangan di tatap.Sudah hampir menginjak ke pukul dua belas tengahari.
"Cepat weh,lambat nanti tak sempat nak cari buku."Ujar Zahra.Bukan nak menggesa sangat tapi kau bayang la nanti nak pergi perpustakaan tu jalan kaki kut.Dah la jauh hujung dunia.Maunya lima belas minit jugak kalau berjalan nak ke sana.
"Hish kau ni.Aku tengah ratah ayam kut bukan nya ratah coklat.Kalau ratah coklat dah lama aku makan sambil jalan je.Sabaq sikit.Tak ke mana nya perpustakaan tu."Ariana menjuihkan sedikit bibir usai dia berkata.
"Memang la perpustakkan tu tak gerak pergi mana-mana,masalahnya kitab-kitab yang kita nak cari nanti hilang kena ambil dek orang lain dulu."Zahra membalas.
"Ha yela-yela.Dah sudah dah pun ni.Tunggu kejap.Kalut sungguh dia ni,macam ada pakwe tunggu kat sana."Kata Kaisara sambil memcebikkan bibir lantas bangun dan membawa pinggan kotor untuk di letakkan di tempat yang telah disediakan.
"Alah paku dulang guna paku sama,kata kat orang dia pun single sama."Balas Zahra bila melihat Kaisara yang dah menghampiri tempat duduk mereka.Tak semena-mena dia terasa bahunya sakit akibat ditampar.Kepala terus diangkat memandang Kaisara dengan muka pelik.Dah kenapa tetiba pukul orang ni?
![](https://img.wattpad.com/cover/173316430-288-k209091.jpg)
YOU ARE READING
Fatimah untuk Ali (ON HOLD)
Ficção Adolescente@&)- Ini bukan tentang cinta. Ini tentang kamu, yang mengajarkan aku, apa itu cinta. Fatimah Zahra, Penceraian kedua orang tuanya membuatkan dia sedikit sebanyak paranoid pada perkataan sayang, apatah lagi cinta. Kehidupan yang dijalani sehari-hari...