✨Terpaksa✨

72 7 1
                                    


Aku yang baru tersedar terus menolak kuat Firash seraya berdiri  menghadap sekumpulan lelaki berumur yang memakai kopiah dihadapan ku.Aku menunduk menahan malu yang teramat.

Firash yang terundur ke belakang terus berdiri bersebelahan ku memandang pelik ke arah sekumpulan lelaki berumur yang berkopiah itu.

"Siapa pakcik ni semua?"soalnya dingin.Aku hanya menunduk .

"Kami daripada Jabatan Agama Islam mendapat aduan daripada jiran tetangga di sini yang anak berdua ini berdua duaan di taman dan membuat perkara yang terkutuk .Sekarang anak berdua sila ikut kami untuk bertanggungjawab."ujar salah seorang lelaki tua kopiah itu.

"Pakcik semua dah salah faham ni .Kitorang tak buat apa ii pun pakcik.Dan kenapa saya kena bertanggungjawab pulak pakcik?!"soal Firash bengang dengan situasi sekarang.

Kalau dia tahu siapa yang buat aduan memang lunyai kepala manusia itu.

"Maaf nak..apa yang pakcik semua nampak tadi sudah cukup bukti untuk buat anak bertanggungjawab .Kami akan nikahkan anak berdua malam ini juga untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku.Dan anak sebagai lelaki haruslah bertanggungjawab.Sekarang anak berdua sila beri kerjasama dan sila panggil ibu ayah masing ii."

Ayat yang keluar daripada mulut salah seorang lelaki tua itu membuatkan jantung aku berdegup laju.

Aku memberanikan diri menghadap sekumpulan lelaki berumur itu dengan air mata yang mula bertakung di tubir mata.

"N...n..Nikah?!P..pak cik tolong lah percaya yang kitorang tak buat a..apa pun .Tolong j..jangan panggil ibu saya ."tergagap gagap aku menutur ayat untuk menagih simpati.

Gila ke apa nak nikah umur yang terlalu muda untuk jejakkan kaki ke alam rumah tangga.

"Kami minta maaf... tolong jangan rumitkan keadaan lagi.Ikut kami ye anak berdua,apa ii kita bincang di sana dengan ibu ayah kamu.Mari."

Aku memandang muka Firash yang tampak dingin sedari tadi.Dia memandang ke arahku dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Ikut jelah ..halamak.Buat ii tak suka pulak kau.Lagi satu kau ingat eh..apa ii pun yang jadi nanti aku nak kau bantah ."ujarnya dingin seraya melangkah meninggalkan aku yang terpinga pinga dengan ayat itu.

"A..pa maksud dia aku buat ii tak suka?and apa yang jadi nanti?"Aku hanya membiarkan soalan itu sepi tak berjawab seraya mengikuti langkah Firash dihadapan.

Malam ni aku akan cuba redha dan tawakkal dengan apa yang terjadi ...mungkin ada hikmah nya.Aku cuba menguatkan diri sendiri dengan ujian yang akan dia tempuhi nanti.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Aku hanya menunduk memandang lantai mozek menahan tangisan yang bila ii masa je boleh pecah.Takut hendak melihat wajah ibu yang sedang marah dan kecewa dengan apa yang terjadi.Ibu dah tahu semua cerita yang terjadi daripada salah seorang pakcik tadi.

Tapi aku juga takkan berdiam diri dengan apa yang jadi harini ,aku akan cari manusia tu sampai lubang cacing.Aku tahu memang ramai kat luar sana yang tak berpuas hati dengan aku.

"Airis,ibu terima Airis nikah dengan Firash.Mungkin ini yang terbaik Airis.Ibu dah tak boleh buat apa dah Airis.Daripada orang luar dapat tahu pasal ni lebih baik kita selesaikan dengan senyap ye sayang."Ujar ibu sayu.

Empangan air mata yang aku tahan sedari tadi akhirnya pecah akibat mendengar sebaris ayat yang meluncur keluar daripada mulut ibu sendiri.

Aku memberanikan diri menatap wajah ibu yang kelihatan sangat kecewa dengan semua ni.Bukan aku tak cerita yang itu semua cuma tak sengaja tapi ibu teragak agak untuk percaya mungkin disebabkan mempunyai saksi dan bukti.

My Journey[OG]Where stories live. Discover now