✨merajuk✨

86 12 0
                                    


"Owh ya ,kamu berdua ni Tengku Mysha Mikayla dan Tengku Syaza Syahirah right?"

Sebaris nama yang disebut oleh Cikgu Zaili membuatkan aku tersentak seraya mengangkat muka memandang ke arah mereka yang tersenyum seperti kerang busuk di hadapan.

"Yupp,pengetua arahkan kami masuk ke kelas 5 Cambridge kerana pencapaian kami yang cemerlang semasa di Haesong Highschool"ujar Kayla sambil tersenyum ke arah pelajar kelas itu.

"Okeylahh.. cikgu rasa semua dah kenal dengan mereka berdua ni jadinya Mysha dan Syaza boleh duduk di meja kedua belakang Airis okey?Airis angkat tangan kamu."

Aku mengangkat tangan kanan seraya memandang mereka berdua tajam yang hanya tersenyum je arahku.

Setelah mereka mengambil tempat duduk selang satu meja dari aku..aku hanya memandang ke depan mengabaikan panggilan mereka dengan mendengar cikgu mengajar.Mood acah merajuk aku on kan..muahahha.

'Kringg Kringg'

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi pelajar Elips Highschool ,maka bermulalah kerja aku untuk mamat tu.Aku mula mengemas barang ii ku di dalam beg .

"Bebbb...janganlahh macam ni tau ii kitorang saja je nak buat surprise dekat kau ..jangan majok eh ?"ujar mereka seraya memeluk lenganku sorang kiri sorang kanan dengan package cium pipi lagi .

Aku simpan senyum melihat perangai mereka berdua..ya to be honest aku mula sayang dan selesa kawan dengan diorang walaupun baru berapa hari jumpa disebabkan perangai diorang yang gila ii tu selalu buat aku terhibur.

"Korang lahh jahatt tau tak..anyway Kayla macam mana kau tahu aku kelas ni ?"soalku dengan muka polos.

"Hehehe .. aku tahu lah sebab aku ternampak fail kau atas meja pengetua hari tu"jawabnya selamba.

"Kayla ii sempat lagi kau kan...dahlah jom pergi cafe perut aku dah lapar dah"ujarku seraya mengusap perutku itu.

"Ahhh engkau ni kuat makan tapi badan tak naik gak ..jeles aku tau tak..kan Kayla kan?"soalnya ke arah Kayla dengan muka cemberut .

"Ye Irah ku sayangg....dah jom ii"ujar Kayla seraya berjalan meninggalkan aku dan Ila di belakang yang terkedek ii mengejar langkahnya ..huhh dahlah kaki panjang macam kayu.

Setiba di cafe..kami pun terus mengambil makanan lalu mengambil tempat bersebelahan tingkap.

"Weyh gais ,aku kena gi somewhere lah ..korang makan dulu eh?nanti aku datang balik kalau aku lambat korang masuklah kelas dulu nanti roger kat aku key?"soalku kepada mereka seraya mengangkat punggung dari situ.

"Owhh okeyy..tapi kan kenapa kau bawak sampai dua bungkus mee hoon tu?"soal Irah curiga .

"Owh ni ermmm...ha a..aku nak makanlah takkanlah nak bagi semut makan lak kan ahhaha"ajarku seraya ketawa hambar dengan lawak bodoh sendiri.

"Owhh ok ...pergilah take care"ujar Irah dengan muka polos.Kayla disebelahnya hanya menghiraukan perbualan kami sedari tadi kerana lebih mementingkan perutnya.

"Okeyy bye korang "ujarku seraya berlalu dari situ dengan nafas lega.Mereka hanya membalas dengan lambaian kecil kearahku.

Aku mula berjalan ke arah tempat mamat tu kebiasaannya lepak.

"Dah lah laluan tu sunyi je..pandai betul dia cari port..and lagi satu kenapalah dia suruh aku jumpa dia kat situ dengan bawak makanan lagi huhh macam miskin sangat je ..dah macam orang lorong je makan kat lorong .Eh Tak boleh ii ,muka dia tak boleh jadi orang lorong sebab hensem plus comel ii sikit cam perempuan tapi kalau jadi hmm tak nak lah cakap buat seram je kalau betul ii jadi."

Aku menampar pipiku sendiri seraya melihat laluan itu untuk mencari mamat beku.

Pov firash dayyan

Sedari tadi aku hanya melihat Airis bercakap seorang diri seraya menampar pipinya sendiri macam orang tak betul yang dekat hospital tanjung durian tu.

" Budak tu memang suka sakitkan diri dia sendiri ke apa ataupun dia ada penyakit sawan ..eishh apa lah kau ni seram je.Eh kejap dia datang sorang ke siot kat sini ...haishhh lurus betul lah budak ni pun.Ni kalau kantoi ngan cikgu memang habis lah riwayat hidup aku hari ni."gumamku seraya melangkah kearahnya yang berada kira ii 4 meter dari arahnya .

"Kau ni memang suka sakitkan diri sendiri eh"ujarku dingin seraya menunduk sedikit memandang ke arahnya memandangkan Airis rendah sedikit daripadanya.

"Eh a..awak bila masa awak ada kat sini?"soalnya seraya memandang ke arah lantai.

"Dah lama jugak lah aku ada kat sini kira ii 1 abad yang lalu sempatlah jugak aku nampak kau macam orang sawan tadi "ujarku tenang seraya mengangkat mukanya memandang ke arah ku .

"A...awak b..buat apa ni ?"soalnya seraya memandang tepat ke arah ku dengan mata bulatnya .

"Aku dah cakapkan yang aku tak suka orang cakap dengan aku pandang tempat lain...faham?"ujarku ke arahnya seraya memandang tepat ke arah tunak matanya yang sama dengan seseorang yang pernah disayanginya dahulu.

"F...faham.A..awak jom makan nak tak?nanti sejuk tak sedap"ujarnya seraya mengangkat bungkusan plastik makanan ke arahku.

"Ha ye..jom makan kat sana tu "Kami mula melangkah kearah kerusi panjang yang disediakan di laluan itu.

"Ni kenapa kau tak bawak kawan ii kau sekali?kau memang nak date ngan aku camni eh?kau tau tak kalau cikgu nampak kita memang habis tau "soalku kearahnya memecahkan keadaan janggal sedari tadi.

"T..tak manada. awak tu kenapa tak bawak kawan ii awak sekali ?and yeke mamat beku ngan badboy macam awak ni takut cikgu ..huhh?"soalnya tenang kearahku seraya menyedut minuman yang dibelinya tadi.

"Aku tak bawak sebab aku malas nak cerita panjang ii kat diorang ..kau apa tau?and aku tak takut pun lah cikgu..aku cuma risau dengan kau je"soalku ke arahnya semula walaupun aku sebenarnya tersentak dengan soalan yang diajukan..haish nasib tak kantoi.

"Owh...sama lah macam saya sebabnya tapikan awak tak perlu kot risau kan pasal saya "ujarnya tenang seraya membersihkan tempat duduk nya.

"Eh kau jangan salah anggap eh ...aku bukannya risau sangat pasal kau yelah kau kan tak de status kan jadinya kau rasa kalau kau kena tangkap sekarang and kena tindakan dengan cikgu..takke hidup kau nanti huru hara and silap ii kau nanti bunuh diri sendiri ..aku yang jadi sebab"terangku panjang lebar.

"Okeylah saya pergi kelas dulu eh..kalau awak nak sambung lepak kat sini ponteng kelas silakan"ujarnya seraya membuang plastik itu ke dalam tong sampah lalu melangkah pergi dari situ meninggalkan aku yang sedang menahan geram .

"Dasar budak pendekk!!Aku cakap panjang lebar dia boleh blah gitu je..haishhh nasib perempuan je tau tak."gumam ku geram seraya melangkah meninggalkan laluan lorong sunyi itu untuk mencari mangsa bagi melepaskan amarahnya ketika ini.
















My Journey[OG]Where stories live. Discover now