✨Pilihan✨

64 7 0
                                    


Airis menggenggam erat kedua tapak tangannya.Cuba untuk mengusir perasaan gemuruh nya.

Bayangkan,semuanya berlaku dengan pantas.Sekelip mata sahaja dia akan bergelar isteri orang.Gelaran yang tidak pernah dijangkakan pada umur yang terlalu muda.Aku pun tak pasti dengan keputusan yang di buat.Tapi semua dah terlambat untuk berpatah balik .

Aku mengalihkan pandangan ke arah Firash yang mengambil tempat di hadapan Tok Kadi.Wajahnya tampak dingin ,tiada langsung senyuman yang terlakar.

"Eh memanglah Airis!Ada ke manusia yang suka kena kahwin sebab tangkap khalwat.Tapi kenapa dia tetap terima pernikahan ni?Kenapa dia tak bantah?"

"Bahagiakah aku bersamanya?Bolehkah aku terimanya sebagai seorang suami?orang yang akan aku hidup bersama hingga ke akhir nafasku,mungkin?ya,mungkin aku boleh cuba menerimanya dalam hidupku.Tapi dia?Bagaimana dengan masa depan yang aku inginkan?Akan berubah sekelip mata."

Mataku mula berkaca memikirkan masa depan yang aku tidak pasti ke mana hala tujunya .Begitu banyak persoalan yang sedang bermain di kepalanya sekarang.

"Boleh kita mulakan?"

Pertanyaan daripada Tok Kadi itu membuatkan aku tersedar dengan situasi sekarang.

Aku melihat ke arah Ibu dan Bonda yang mengangguk ke arah Tok Kadi itu.Kemudian,aku mengalihkan pandangan ke arah Firash dan mengangguk lemah.Menahan empangan air mata yang kian menebal.

"Tengku Firash Dayyan Bin Tengku Edrian Mikael."Tok Kadi itu menyebut namanya dengan huluran salam.

"Saya.."ujar Firash seraya menyambut salam itu.

"Aku nikahkan dikau dengan Airis Aqeela Binti Aariz Ridzuan berwalikan hakim kepadaku dengan maskahwin sebanyak 30 ribu ringgit tunai.."katanya.

Tanganku sudah menggenggam erat tangan ibu dan bonda dengan kuat kerana gementar.

"Aku terima nikahnya Airis Aqeela Binti Aariz Ridzuan dengan maskahwin sebanyak 30 ribu ringgit tunai."Tok Kadi sudah itu mengangkat bacaan doa tanda kami telah pun sah menjadi suami isteri.

Hanya sekali lafaz sahaja aku sudah menjadi isteri Tengku Firash Dayyan.Empangan air mata yang ditahan sedari tadi sudahpun berguguran jatuh setitik demi setitik.

Sejujurnya,aku masih tidak dapat menerima semua ini.Terlalu awal .Namun aku percaya kepada takdir dan hikmahnya.

🌸🌸🌸🌸🌸

Setelah selesaikan segala dokumen,aku dan keluarga Firash menunggu kereta mereka sampai di pondok berdekatan.Macam biasa orang kaya,mesti ada pemandu kan.Manakala aku pula setia menunggu ibu mengambil kereta mereka .

Aku mengalihkan pandangan ke arah Firash yang sedari tadi melancarkan perang dingin kepadanya.

"Airis nak ikut balik rumah Bonda atau  balik rumah Ibu?"soal Bonda ke arahku.

"Ermmm...kalau Airis nak balik rumah Ibu dulu boleh tak Bonda?Bukan apa Airis risau ibu tinggal sorang dekat rumah takde siapa jaga.Boleh ye Bonda?"pintaku lembut kepada Bonda.

Berharap agar alasannya itu dapat digunakan .Dia masih lagi belum bersedia hendak berkongsi bilik dengan lelaki itu walaupun dia telah menjadi suaminya yang sah.Apatah lagi menyerahkan sepenuh haknya sebagai isteri.

My Journey[OG]Where stories live. Discover now