✨Firash lion✨

80 12 0
                                    

Setelah siap menunaikan solat,aku terus menuju ke dapur untuk mencari ibu tercinta.Timbul idea nakal apabila melihat ibu sedang mengacau air sambil bernyanyi kecil.Dengan langkah perlahan aku mendekatinya.

"BAHHHH!!!"

"Eh jiran sebelah berak bersepah!!" aku tak boleh tahan dah nak ketawa.

Ye ah bukan selalu dapat sakat ibu camni ..pernah sekali tu kena ketuk dengan senduk ..malang betul.

"Ya Allah kamu ni Airis eiii geramm je ..nasib baik ibu takde sakit jantung ke sakit ulu hati ke tahu tak!"marah ibu.

"Hahahahha...ok ii sorry ibu ku shayunkk alololo janganlah marah tau tau "pujukku seraya menggesalkan pipiku di lengan ibu tercinta.

"Haihh ...yelah ii nak marah lama pun tak boleh sebab anak ibu ni comel sangatt. "ujar ibu seraya mencubit pipi gebuku.

"Airis comel sebab ikut genetik ibu lahh...ibu Airis kan cantik comel semualah."pujiku.

"Amboii!ni puji ibu tinggi ii mesti ada apa ii kan ?"soal ibu ku.

"Alahhh ibu ni tahu ii je tapi ibu jangan marah tau Airis tanya ni."

"Mestilah anak ibu.Ha cakaplah nak tanya apa dia?"soal ibuku lembut kearahku seraya mencedukkan lauk ke dalam pinggan.

"Erm erm ...boleh tak Airis nak tahu siapa ayah Airis?"soalku sambil membuat muka comel.

"makan makanan tu Airis nanti sejuk"jawabnya tenang.

Aku hanya mengangguk lemah sahaja.

"Salah ke aku nak tahu siapa ayah aku .dia hidup lagi ke?aku ada keluarga lain ke?ke aku ni memang takde ayah?ehh takkanlah ibu nak tipu aku ..yang penting aku sah taraf...setiap kali aku tanya soalan tu pada ibu mesti ibu tukar topik lain...hmm takpelah Airis yang penting kau ada ibu dan aku yakin satu hari nanti akan tahu jugak..apapun kebenaran yang keluar nanti insyaallah aku akan terima"gumam ku dalam hati.

"Airis kat sekolah baru tadi macam mana ?ok tak dengan kawan kawan?Kalau ada yang buli Airis beritahu je kat ibu okey?"soal ibu memecahkan suasana janggal ketika itu.

Aku tersentak seketika dari lamunan terus menoleh ke arah ibu sambil tersenyum.

"Okey je ibu ...ha ni Airis nak beritahu ibu ni Airis dah dapat kawan baru !!"ujarku penuh teruja dengan mulut yang penuh dengan makanan habis tersembur ii keluar isinya.

"Ya Allah Airis makan betul ii lah sayang..tak senonoh betul nanti siapalah yang nak jadi husband kamu ni..ha siapa kawan baru Airis tu?laki ke perempuan?berapa orang?baik tak kalau tak baik perangai dia tak payah lah kawan dengan dia tau?"

Bertalu ii soalan yang diajukan oleh ibuku kepadaku sambil tersenyum kecil melihat perangaiku yang serupa budak 5 tahun.

"Kawan Airis tu mestilah perempuan ibuku sayang .Nama dia Tengku Mysha Mikayla and Tengku Syaza Syahirah ...diorang baik je ibu..ibu jangan risau eh...lagipun ibu lupa ke Airis ni siapa nanti kalau diorang buli Airis pandailah Airis nak 'kerjakan' diorang "jawabku tenang.

"Suka hati kamulah Airis tapi jangan sampai budak tu 'Jalan' sudahlah ..kalau ibu tahu siap kamu."ujar ibuku seraya membuat gaya mahu mencucukku dengan garfu.

"Hahahaha...yelah ibu Airis tahu lerr"jawabku sambil tertawa kecil melihat perangai ibuku.

Setelah siap tolong ibu apa yang patut di dapur,aku pun terus berlalu ke bilik untuk mengulang kaji pelajaran .Aku tekad mahu belajar bersungguh ii untuk menyambung perniagaan butik ibu.

My Journey[OG]Where stories live. Discover now