Barangkali dia dihukum lantaran perasaannya terhadap Adrian. Mereka saudara sekandung tidak seharusnya memiliki hatta sebesar hama perasaan demikian. Tetapi daripada Adrian dia kenal segala. Malah daripada Adrian bercambah rasa cinta terlarangnya. Untuk hadiah hari lahirnya yang ke-20, Ivy terlalu mengimpikan percutian ke Mesir. Buat pertama kali Ivy menjejaki tanah milik dewa-dewa teragung tamadun Mesir Purba. Kekagumannya berganda apabila berpeluang melihat kerja-kerja penggalian pasukan Egyptology di tapak arkeologi. Tanpa sesiapa sedar antara serpihan purba torso yang ditemui masih tersimpan sumpahan dahulukala yang belum dimusnahkan. Ivy hilang dari pandangan semua. Dalam era rejim Raja Seti dari dinasti ke-19, Mesir Purba di situlah Ivy tercampak. Dia ditemui di sebuah padang pasir tandus oleh sekumpulan pedagang hamba abdi. Kemudian dibeli pula oleh seorang pembesar Mesir sebagai satu kepentingan. Kepentingan untuk dipergunakan dalam komplot menghapuskan waris terpenting takhta Raja Seti iaitu Putera Ramesses II. "Siapa kamu?" tanya Putera Ramesses kagum pertama kali bertemu mata dengan gadis berkulit putih bak porselin, berambut perang emas dan memiliki sepasang mata biru laut menawan. N-E-F-E-R-T-A-R-I Ivy nampak bibir Jeneral Kheti menuturkan tanpa suara dari jauh di salah satu tiang pilar besar. "Mengarut! Saya tidak akan sekali-kali jadi gundik kamu!" jerit Ivy histeria. "Hantar saya ke sempadan!!" pekiknya lagi. Semakin keras Ivy mendesak, semakin keras jua hati Putera Ramesses untuk tidak melepaskannya pergi. Berapa lama kah Ivy harus terperangkap di istana Kota Thebes? Berjaya kah dia kembali ke dunianya? Seterusnya kembali ke pangkuan bapa dan Adrian? PEMBERITAHUAN : Suka dimaklumkan, bahawa ini bukan kesinambungan RAMESSES. Sebaliknya RAMESSES II adalah 'revamp' daripada cerita terdahulu. Jika ada persamaan, mungkin nama-nama watak saja. Harap maklum Mula : 1 Ogos 2019 Tamat :