Ku ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah jalan. Itulah yang terjadi kepada Iris Wardina dan Ezra Mikael. Angkara kecurangan Ezra, mahligai bahagia yang mereka bila selama 8 tahun punah begitu sahaja. Bukan Iris tidak mencuba untuk mempertahankan mahligai mereka, namun Iris terlampau lelah. Lelah mencuba. Lelah berkorban. Lelah menanggung sakit. Oleh itu, Iris mengambil keputusan untuk mengundur diri. "Which part of me is not enough Ezra?" - IRIS WARDINA "Maafkan abang sayang! Maafkan abang! Tolong bagi abang satu lagi peluang." - EZRA MIKAEL "Iris, saya sayang awak. Lupakan dia. Saya janji saya akan sayang awak sampai akhir hayat saya." - FATH HAIDER "Kenapa Ezra pilih engkau? Kenapa? Aku boleh bagi apa yang kau tak boleh bagi dekat dia." - VANNESA Akan hadirkah pelangi selepas hujan seperti akan hadirkah bahagia dalam kisah Iris dan Ezra?