Izzaty Inany, mempunyai kelebihan melihat makhluk halus sejak daripada kecil. Kebolehannya ini menjadi beban bagi diri dia apabila dia mendapat tawaran yang cukup gila daripada pemilik syarikat dia bekerja. Zayyad Raiyan, dia terdesak. Dia perlu singkirkan saka peninggalan arwah ayahnya daripada tubuhnya demi melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya. Oleh itu, dia mengorbankan sendiri pekerjanya demi kepentingan yang dia perlu kecapi ketika ini. "Aku kenal seorang wanita tua yang boleh tutup hijab kau ni. Kalau kau terima tawaran aku ni. Aku akan bawa kau jumpa dia. Jadi win-win situation." - Zayyad Raiyan. Tawaran gila tetapi ganjaran lumayan ini membuatkan Izzaty terpaksa menerima tawaran ini dengan hati yang berat walaupun dia tahu dia bakal berhadapan dengan masalah yang cukup besar. "Jadi saya kena buat apa?" - Izzaty Inany. "Bercakap dengan saka aku." - Zayyad Raiyan. Maka bermulalah segala kisah dan rahsia baharu yang mula terbongkar. Kehidupan Izzaty mula menjadi terumbang-ambing demi menyelesaikan masalah bossnya sendiri. Zayyad pula terdesak, dia tidak mempunyai masa yang lama, dia perlu bertindak segera. Jadi diantara pekerja dan pemilik syarikat, siapa yang lebih layak untuk mencapai matlamat tersendiri? Tutup hijab atau berkahwin? Adakah Izzaty Inany atau Zayyad Raiyan yang lebih berhak mendapatkan kebahagiaan yang tersendiri?