BAKAL TERBIT PBAKL 2024 Empat lelaki yang mampu menukar fizikalnya menjadi merong dan seorang ahli sihir kolot. Bagi bentala benua Delara, pertemuan mereka berlima adalah detik permulaan bagi kehancuran manusia. Tetapi, tiada seorang pun tahu bahawa nakhoda Delara sendiri yang menjadi punca kebangkitan mereka berlima. "Vangelia takkan berdiam diri selagi saya masih hidup, Evan. Awak sedar atau tidak yang awak sedang menyusahkan diri sendiri, selamatkan penjenayah ini?" - Rathena "Then what about me? What about Drake, Nash and Merlin? Aren't we the same?" - Evander Dendam, jauh sekali untuk mereka lunaskan. Tetapi Evander cuma punya satu misi yakni menyelamatkan ibundanya yang berada di bawah tahanan manusia yang tamak dan gila kuasa. Namun tatkala misi hampir dinoktahkan, kemunculan Ezekiel dari puak naga aswad punahkan semuanya. Tak sampai sehari, nyawa yang tidak bersalah terkorban satu demi satu. Kerakusan Ezekiel juga, akhirnya telah meninggalkan titik hitam dalam diri Evander. Bermula dari satu titik hitam, kegelapan mula menyelubungi hidup Evander. Akal warasnya mula ditakluki sedikit demi sedikit. "Dalam beberapa hari lagi, akan tercetusnya perang besar di sini. Aku tak tahu di bahagian mana. Tapi perang besar tu akan hancurkan satu lagi empayar di benua ni. Aku... Aku tak yakin kau akan selamat nanti, Thena." - Evander. Kerana satu sumpahan Ezekiel, adalah kehancuran yang tiada seorang pun mampu halang. Termasuklah Rathena sendiri. "He's not your Evander anymore, Rathena." Dan itulah kenyataan yang perit untuk Rathena telan.