Seorang gadis bernama Laura Irdina terpaksa berkahwin ketika berumur 17 tahun dek kerana ibu bapanya perlu ke luar negara atas urusan kerja. Jejaka pilihan orang tuanya merupakan anak kepada rakan baik mereka yang juga cikgu kepadanya. Kaki buli sekolah menjadi isteri kepada cikgu disiplin. "M...M...Mama, are you kidding me?", macam nak pengsan rasa bila dengar apa yang dilafazkan oleh mamanya. "Pa? It's not true, right", mereka menggelengkan kepala. Melihat tindakbalas daripada mama papanya Laura menghembus nafas berat. "Look, Honey. Ini semua untuk kebaikan awak", mamanya cuba untuk menerangkan. "Mama, I'm 17. Banyak lagi benda nak capai. Awal lagilah nak kahwin", dia membantah. "Kahwin bukan penghalang. Ada papa hilang duit lepas kahwin? At least ada orang tengok-tengokkan awak, jaga awak. Lega sikit mama dengan papa", papanya juga cuba beri keterangan kepada puterinya. "Kalau dia tengok je tak boleh ke? Perlu ke sampai kahwin?", tak ada angin tak ada ribut nak suruh kahwin. Siapa saja tak meraung. "Kalau jadi apa-apa kalau malam, macam mana? Awak tu perempuan. Kalau kahwin ada orang jaga", sambung mamanya. "Semua dah tak sayang adik dah. Sebab tu nak bagi dekat orang lain", dia bangun dan bawa pinggan ke dapur dan terus naik ke bilik. This is my first ever book. Maaf kalau ada kekurangan, typo atau bosan. Feel free to comment. I'll try to improve my writing skill. Thank you.