[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU DUA ] Selepas segala dugaan dan cabaran yang Fleur Sophia alami selepas pindah ke Malaysia, gadis itu akhirnya dapat miliki kebahagiaan yang ia mahu kecapi selama ini. Pelbagai perkara indah datang berpusu dalam kehidupan gadis yang bernama Fleur Sophia. Tetapi langit tidak lah selalu cerah, dikala kehidupan dia sedang diselaputi dengan bahagia, ribut datang buat kali kedua dan cuba untuk hancurkan kehidupan gadis kecil ini sekali lagi. Bermacam perkara yang Fleur dan keluarganya lakukan demi kembalikan semangat Fleur yang hilang. Tapi setiap kali Fleur kembali jadi dirinya yang dahulu, setiap kali itu lah penderitaan akan datang menyerang hidup gadis tersebut.