Rahsia? Dia telah menyimpan satu rahsia yang paling besar dalam hidup dia. Tiada siapa tahu apa yang telah terjadi pada 5 tahun yang lepas. Di mana kejadian tersebut telah mengubah nasib hidup Aayan Arwisy 100%. Dia ditangkap dan dituduh membunuh seseorang yang dia kenali. Adakah itu satu petanda yang baik? Tidak. Tidak bagi Arwisy. 5 tahun dia hilang tanpa khabar berita. Dia sanggup membohongi mamanya dan memberitahu bahawa dia ingin menyambung pelajaran di luar negara tetapi hakikatnya tidak. "It's been a long time since we haven't met each other." - Arasy Naufal. "Dan siapalah agaknya yang putuskan hubungan persahabatan kita?" - Aayan Arwisy. Dia harus perbetulkan semua ini kalau tidak, perkara ini akan terus menerus menghantui dirinya sepanjang hidup. Tapi siapa sangka, ada seorang gadis yang telah hadir ke dalam hidupnya tanpa diundang. Gadis itu tanpa dia sedari.. telah mencuri perhatian Arwisy. "Kau ni memang pendek ke? Lahir tak cukup zat ke?" - Aayan Arwisy. "Hey! Amboi mulut tu memang tak ada insuran ke?" - Hanisya Delisha. Apabila mereka berjumpa, mereka selalu akan bertengkar seperti Tom and Jerry. "Mamat bermulut puaka!" - Hanisya Delisha. "Gadis mulut murai!" - Aayan Arwisy. Satu per satu rahsia telah terbongkar. Kini tanggapan Hanisya pada Arwisy berubah dengan serta-merta. Adakah Hanisya kecewa? Marah? Sedih? Geram? Dia sendiri tidak pasti. Dia terpaksa meragui setiap perbuatan Arwisy. "Hanisya tak sanggup nak tengok muka abang..," - Hanisya Delisha "Chéri please.. don't leave me..," - Aayan Arwisy. Mampukah Arwisy mempertahankan rumahtangganya yang semakin hari semakin banyak konfliknya? Mampukah Arwisy mengembalikan suasana seperti dahulu? Dia sendiri bingung. "Aku akan buat Hanisya jatuh cinta dengan aku.." - Fayyadh Dzulfahmi. Dia harus mendapatkan Hanisya semula. Sejauh manakah rumahtangga mereka mampu bertahan? | | ° Aayan Arwisy ; Mr Cafe Barista by isketambolaw