[SELESAI] Sebuah memori silam telah menjadi titik perubahan, Nur Adellea Arelyne. Siapa sangka bahawa gadis yang sedang taat dengan Allah dan mematuhi pakaian syariah itu lahir di dalam sebuah keluarga yang hanya meletakkan agama di atas kertas? Di sebalik itu, kehadiran seorang jejaka yang faham agama membuatkan Nur Adellea Arelyne ingin berhijrah dengan lebih mendalam. "Orang yang baik untuk orang yang baik." -Nur Adellea Arelyne- Baginya, Muhammad Nadeem Amsyar merupakan contoh lelaki yang terbaik pernah dia jumpa. Dia benar-benar telah menaruh harapan yang kuat pada jejaka tersebut agar dapat mengubah hidupnya yang sengsara itu. Namun, di dalam keceriaan yang terpapar di wajah, rupanya ada seribu duka yang terpendam. Rumah sepatutnya menjadi tempat yang ternyaman bagi seorang anak. Namun, berada di rumah lebih menambahkan dosa bagi Adel. "Kau tak payah nak nasihat aku eh! Kau itu bukannya masuk syurga pun sebab kau tahu? Syurga kau dekat sini, kaki aku!" -Puan Merlyna- "Sakit ibu, Adel sakit." -Nur Adellea Arelyne- Pada awalnya, dia tidak mahu mencintai sesiapa kerana takut cinta itu menjadi sebuah obsesi. Namun, Muhammad Nadeem Amsyar mengubah perspektif dia malah menjadi pembakar semangat untuk dia berhijrah dan mencintai lelaki itu kerana iman yang ada dalam dirinya. "Jadi, sebesar itu cinta dia terhadapku?" -Muhammad Nadeem Amsyar- Jadi, adakah Muhammad Nadeem Amsyar mampu menamatkan kesengsaraan yang dihadapi Nur Adellea Arelyne? Apakah mereka akan menjadi sebuah pasangan islamik seperti yang diimpikan oleh Nur Adellea Arelyne?