Ghez | The Ebrahim's Dua jasad dan jiwa yang mempunyai agenda tersendiri. Luna Marshal seorang wanita bekerjaya yang sudah melangkah masuk ke alam 30-an. Seorang yang diktator dan ego tinggi. Hidupnya baik baik sahaja sehinggalah ayahnya membuat keputusan untuk mengahwini dia dengan seorang lelaki. Kononnya kerana ayah banyak terhutang budi dengan lelaki tersebut. Namun apakah daya dia terima dengan rela hatinya kerana selama ini ayah yang banyak berkorban untuknya berbanding dengan adik beradik lain. Ghaz Ebrahim hanyalah lelaki biasa yang perwatakan lemah lembut dan penyanyang. Tiada yang menarik tentang dirinya sebelum dia berjumpa dengan Luna. Mengenali Luna Marshal merupakan satu permulaan hidup yang mencabar. "Ghaz! where's my socks?!" "Ghaz! where's my car key?!" "Ghaz! berapa kali I nak pesan baju I iron macam ni," Ya, beginilah kehidupan mereka berdua. Semuanya dia hempuk atas kepala suaminya, Ghaz. Manakala Ghaz hanya menurut seperti lembu dicucuk hidung. Disclaimer- cerita yang cringe. Happy reading!