Lily Humaira. Humaira mahukan kebahagiaan bersama Farhat, orang yang dia sayangi dan cintai. Bahagia? Ya! Dia sangat bahagia hidup bersama Farhat, suami yang dicintai. Farhat melayan Humaira dengan sangat baik. Rumah tangga yang dibina membawa bahagia yang tidak mampu diucap oleh Humaira. "Far, janji dengan I yang you tak akan tinggalkan I?" - Lily Humaira "Ya sayang. I tak akan tinggalkan you." - Luth Farhat Namun, Ketika istana sedang dibina datang badai yang melanda. "I... I nak minta izin dengan you... I nak kahwin dengan Nabila." - Luth Farhat Masih adakah bahagia untuk Humaira selepas datangnya kembali bunga yang tidak pernah dilupa oleh suaminya selama ini?