"Far, kejap lagi tolong I sidai baju boleh?"
"Okay sayang. Kejap lagi I buat."
Begitulah rutin harian mereka, Farhat sangat rajin membantu Humaira dalam menguruskan rumah. Walaupun lelaki itu sibuk dengan kerjanya tetapi dia ringan tulang untuk membantu isterinya selepas pulang dari kerja.
Humaira sangat senang dengan kelakuan suaminya itu. Sebelum tidur mereka akan berkongsi cerita apa yang mereka lakukan di tempat kerja. Tidak ada rahsia antara mereka berdua. Humaira sangat bahagia hidup bersama suaminya. Suaminya yang kacak, baik, rajin menolong dan sangat romantik dengannya. Dia bahagia!
---------- L I L Y H U M A I R A ---------
"Sayang, malam ni jom kita tengok wayang nak?" kata Humaira sambil mencedok sayur campur lalu diletak ke dalam pinggan Farhat.
"Boleh Maira. You nak tengok cerita apa?"
"Hm, rasa ada cerita baru yang keluar. Kejap lagi I check."
Farhat hanya mengangguk sedikit kepalanya. Dia hanya mengikut sahaja cerita apa yang isterinya ingin menonton. Lagi pula hari ini hari minggu, siang tadi mereka telah penat mengemas rumah jadi malam ini biarlah dia membawa isterinya jalan-jalan pula.
---------- L I L Y H U M A I R A ---------
"Far, you ada masalah ke? Kenapa sejak dua tiga hari ni I tengok you lain," soal Humaira kepada Farhat. Sejak tiga hari yang lepas dia perasan suaminya agak lain. Farhat rajin termenung dan hanya bercakap dengannya apabila perlu sahaja. Dia rindukan tawa dan gurauan dari suaminya.
"Taklah. I okay saja," nafi Farhat.
"You jangan tipu I, Far. I tahu you ada sorokan sesuatu dari I kan?"
"Beritahu I, Far! I isteri you. Mungkin I boleh tolong you kalau you ada masalah." Desak Humaira. Dia tidak betah melihat suami yang selalu banyak mulut menjadi seorang yang pendiam.
Farhat menghela nafasnya lalu dia menggenggam erat tangan Humaira.
"Kalau I beritahu you. I harap you tak marah I."
"Kenapa Far?" Humaira menyoal. Hatinya tiba-tiba berdebar melihat wajah mendung suaminya itu.
"I..." Jantung Humaira sekarang sangat berdebar menunggu bicara Farhat. Lelaki itu dilihat diam seketika sebelum kembali menyambung bicaranya.
"I... I kena... I kena outstation seminggu minggu depan," tutur Farhat sambil tersenggih.
"You!" Humaira menjerit sambil menampar dada suaminya itu. Ish, buat orang berdebar sahaja.
"You buat I takut. I ingat apalah tadi." Sambung Humaira sambil mencebik ke arah suaminya itu.
Farhat ketawa kuat melihat wajah masam mencuka isterinya. Dia sengaja mahu mengusik isterinya itu.
"Yelah, sejak kita kahwin mana pernah I tinggal you lama-lama. Nanti I rindu isteri I macam mana?"
"Mengada la you ni. Tapi kenapa lama sangat you kena outstation?"
"Ada masalah sikit dengan projek dekat Pahang tu. I janji I akan cepat-cepat settlekan projek tu ya," tutur Farhat sambil mencubit pipi isterinya itu.
"Lamanya. Nanti I rindu you macam mana?"
Humaira mengadu sambil memeluk tubuh suaminya. Ikutkan hati dia mahu mengikut Farhat tetapi dia juga ada kerja di sini. Ada majlis yang dia perlu hadiri.
"I pergi sekejap je sayang. Nanti I balik cepat-cepat ya," tutur Farhat sambil mencium pipi isterinya.
"Okay, nanti facetime I setiap malam tau!"
Farhat yang mendengar suara manja isterinya itu hanya ketawa kecil. Sejak berkahwin inilah kali pertama dia dan Humaira akan berjauhan lama. Mungkin sebab itu Humaira seakan tidak rela untuk melepaskannya pergi.
YOU ARE READING
Lily Humaira (E-book Version)
RomanceLily Humaira. Humaira mahukan kebahagiaan bersama Farhat, orang yang dia sayangi dan cintai. Bahagia? Ya! Dia sangat bahagia hidup bersama Farhat, suami yang dicintai. Farhat melayan Humaira dengan sangat baik. Rumah tangga yang dibina membawa baha...