B A B 6

17 1 0
                                    

"Assalamualaikum." Farhat memberi salam lalu dia memulas tombol pintu rumahnya. Tidak sempat dia hendak menolak pintu itu, kedengaran suara isterinya datang membuka pintu untuknya.

"Waalaikumussalam. Sayang! Rindunya I dengan you," tutur Humaira lalu memeluk erat tubuh suaminya itu.

"I pun rindu dekat you." Farhat berkata sambil membalas pelukan isterinya itu.

"Jom masuk. I ada masak something special untuk you," kata Humaira sambil menarik tangan Farhat menuju ke meja makan.

"Wah! Sedapnya bau. You masak apa?"

"I masak daging masak hitam," ujar Humaira sambil tersenyum. Lalu dia menarik kerusi di meja makan dan menyuruh suaminya itu untuk duduk.

"Mesti sedap. Terima kasih sayang. Susah-susah saja you masak ni." Farhat berkata sambil mencium sekilas pipi isterinya itu. Dia betul-betul terharu kerana Humaira sanggup memasak untuknya.

"I tak tahu sedap ke tak. I tak sempat nak rasa lagi you dah balik."

"Tak apa. I yakin mesti sedap."

"You tunggu kejap, I nak ambil nasi." Lalu Humaira berlalu ke dapur untuk mengambil pinggan dan nasi.

Setelah membaca doa dan Humaira mencedokkan nasi serta lauk daging masak hitam ke pinggan Farhat, lelaki itu terus menjamu selera.

Humaira di sebelah merenung wajah suaminya itu. Dia berdebar menunggu reaksi dan komen dari lelaki itu.

Namun, Humaira lihat Farhat hanya makan tanpa mengatakan apa-apa. 'Sedap ke tak lauk yang aku masak ni,' bisik Humaira di dalam hati.

Tidak tahan dengan kebisuan suaminya itu, Humaira lantas menyoal, "You... okay ke? I masak sedap tak?"

Farhat mengangguk kepalanya dan meneruskan suapan. Kemudian dia mencedok lagi lauk daging masak hitam itu ke dalam pinggannya.

"Sedap sayang. I nak tambah nasi lagi. Tolong cedokkan." Pinta Farhat kepada Humaira.

Humaira tersenyum suka mendengar bicara lelaki itu. Hatinya berbunga-bunga. Tidak sia-sia dia bertungkus lumus memasak seharian di dapur petang tadi.

Melihat Farhat makan dengan berselera, Humaira lantas mencedok nasi dan lauk yang dimasaknya ke dalam pinggan. Dia kemudiannya dengan berselera menyuapkan daging masak hitam itu ke dalam mulutnya. Dahinya berkerut setelah merasa masakannya itu. Dia pantas meneguk air lalu bersuara,

"You! Masin lah! Kenapa tak beritahu I yang lauk ni masin?"

"Masin sikit saja. I makan sedap je."

Bulat mata Humaira mendengar bicara suaminya itu. Sikit Farhat kata? Mulut dia masih rasa masin walaupun telah minum air seketika tadi.

"Tak sikit la Far. I masih rasa masin tau dalam mulut I walaupun dah minum air tadi."

"Mulut I rasa sedap saja. Tak apa biar I yang habiskan daging ni," kata Farhat sambil mencedok habis daging masak hitam itu ke dalam pinggannya.

"Tapi masin sangat ni Far. I takut you sakit perut nanti. Buang jelah. Nanti I order makanan lain." Bantah Humaira. Tidak sanggup dia melihat suaminya itu makan makanan masin.

"Isteri I dah masak penat-penat untuk I mestilah I kena habiskan. Tak baik membazir sayang. Lagipun lauk ni kena dengan tekak I. Sedap you masak." Puji Farhat.

Memang masakan isterinya itu agak masin tapi dia tidak mahu mensia-siakan penat lelah Humaira yang sudah memasak untuknya.

Humaira tersentuh mendengar bicara lelaki itu. Dia berasa beruntung kerana Farhat masih sanggup menghabiskan masakannya itu. Lelaki itu sangat pandai membeli jiwanya. Sekiranya lelaki lain mungkin dia telah dimarahi atau masakannya itu sudah masuk ke dalam tong sampah.

"Thank you sayang. I janji nanti I belajar masak dengan mama. Nanti boleh I masak selalu untuk you." Janji Humaira. Dia nekad untuk belajar memasak dengan ibunya.

"Thanks Maira. I tak kisah pun you tak reti masak."

"Tak apa. Nanti I belajar memasak dengan mama sampai I pandai."

Tersenyum Farhat mendengar bicara isterinya itu, "Okay sayang. Tapi jangan paksa diri sangat ya. I tahu you sibuk dengan kerja you. Take it slowly, okay?"

"Okay, sayang!"

Untung ya dapat suami macam Farhat ni 😎

Lily Humaira (E-book Version)Where stories live. Discover now