EPILOG

42 2 0
                                    

Humaira mempercepatkan langkahnya, dia sudah terlewat untuk menghadiri mesyuarat. Semua ini gara-gara dia teringin makan kek strawberi di kafe kesukaannya itu.

"Alamak, habislah. Mesti Aida marah kejap lagi," desis Humaira sambil kaki laju melangkah ke arah keretanya.

Gedebuk!

Humaira terkejut, kek yang dibelinya sudah jatuh di lantai. Air coklat yang dipegang sudah selamat tumpah di tubuh seseorang.

"Ya Allah! Maaf encik, saya tak sengaja." Humaira pantas meminta maaf kerana terlanggar lelaki di hadapannya itu.

"It's okay. Aku yang tak perasan," ujar lelaki itu sambil mengelap bajunya yang sudah kotor dengan minuman coklat itu dengan menggunakan sapu tangan miliknya.

"Sekali lagi saya minta maaf. Saya boleh bayar ganti rugi baju encik ni," kata Humaira. Lelaki di hadapannya ini elok berkot.

'Mesti mahal baju ni!' desis Humaira perlahan.

"Eh, tak perlu. Aku okay," balas lelaki itu sambil tangannya masih mengelap kesan kotoran di bajunya.

"Sekali lagi saya minta maaf ya encik." Humaira meminta maaf kepada lelaki di hadapannya itu sekali lagi.

"Tak ap..." Terhenti lelaki itu dari meneruskan kata setelah memandang wajah Humaira.

Dia terkejut melihat gerangan wanita di hadapannya ini. Ditilik wajah wanita yang memakai baju kurung cotton berwarna merah dipadankan dengan selendang putih itu.

"Ini Lily, kan?" soal lelaki itu.

Berkerut dahi Humaira yang mendengar, dia cuba mengecam wajah yang berada di hadapannya ini. Hanya seseorang yang gemar memanggilnya dengan panggilan itu.

"Awak... awak Arjuna?"

"Ingat pun! Ya ni aku, Arjuna." Lelaki yang bernama Arjuna itu tersenyum. Tidak menyangka akan bertemu dengan wanita ini di sini.

'Lily Humaira! Masih cantik seperti dulu,' bisik Arjuna di dalam hati.


TAMAT

Agak-agak siapa Arjuna ni 😆

Korang pilih Farhat atau Arjuna 😌


Semoga kita berjumpa lagi...

Lily Humaira (E-book Version)Where stories live. Discover now