B A B 4

18 1 0
                                    

"Far, lama lagi ke you nak balik? I rindu you!"

Farhat yang melihat wajah cemberut isterinya itu ketawa kecil. Sudah tiga hari dia pergi ke Pahang untuk menguruskan masalah projek syarikatnya di sini dan setiap malam Humaira mesti akan membuat panggilan video untuk bercakap dengannya. Manja sungguh isterinya itu.

"Sabarlah Maira. Lagi empat hari I balik. Nanti I balik, I janji bawa you pergi jalan-jalan ya."

"Promise?" kata Humaira sambil mengangkat jari kelingkingnya di hadapan kamera telefon.

"Ya sayang. Promise!" Farhat juga mengangkat jari kelingking miliknya.

"You macam mana? Kerja okay ke?" Farhat menyoal isterinya. Dia tahu Humaira sibuk dengan jadual photoshoot sejak dua hari lepas.

"I okay saja. Cuma penat sikit."

"Jaga kesihatan you, Maira. I tak nak you sakit," tutur Farhat berbaur kerisauan.

"You janganlah risau. I okay! You tu, jangan kerja kuat sangat sampai lupa isteri dekat rumah."

Tergelak Farhat mendengar bicara isterinya itu.

"Mana boleh I lupa isteri I yang cantik tu. Tak tengok sehari boleh angau."

"Amboi, mengadanya! Suami siapa ni?" Walaupun mulut berkata begitu tetapi di dalam hati Humaira tersenyum suka mendengar bicara suaminya itu.

"Suami you lah! Suami siapa lagi." kata Farhat sambil ketawa.

"Okaylah, I letak dulu. Kesian suami I nak rehat, esok I call you lagi ya."

"Okay sayang. Bye!"

"Bye! I love you!" balas Humaira sambil menunggu suaminya terlebih dahulu memutuskan talian baru dia meletakkan telefon.


---------- L I L Y   H U M A I R A ---------


"Maira, kau dari tadi tak renggang dengan telefon kau. Kenapa?" soal Aida kepada rakannya itu.

"Aku call suami aku. Tapi dari tadi dia tak angkat. Risau aku." Humaira membalas sambil cuba menelefon nombor Farhat sekali lagi.

"Dia busy kut. Kejap lagi kau try la sekali lagi," tutur Aida untuk menenangkan hati rakannya itu.

"Tak babe! Kalau dia busy pun dia akan balas whatsapp aku. Tapi ni whatsapp aku pun dia tak baca lagi. Sebab tu aku risau."

"Mungkin dia ada meeting kut and telefon dia silent. Tu yang dia tak perasan. Kau jangan risau lah."

"Mana tak risau. Tak pernah dia buat macam ni," kata Humaira sambil tangannya lincah menaip sesuatu untuk menghantar pesanan kepada Farhat.

"Dah jangan risau. Kejap lagi confirm dia call kau balik. Makan cepat, dah sejuk makanan kau ni. Kejap lagi kita nak sambung photoshoot lagi."

Humaira menghembus nafasnya, telefonnya diletak lalu dia kembali menjamah spageti yang dipesannya tadi.


---------- L I L Y   H U M A I R A ---------


Farhat menghembus nafasnya, dia rasa bersalah kerana seharian dia tidak menjawab panggilan atau membalas pesanan yang dikirim oleh isterinya. Dia sebenarnya masih terkejut dengan apa yang berlaku petang tadi.

Dia terjumpa dengan bekas tunangnya, Nabila. Dia ada berbual dengan wanita itu dan dari situ dia mengetahui bahawa Nabila sudah bercerai setahun yang lalu. Kini wanita itu merupakan janda anak satu.

Farhat tidak boleh melupakan wajah bekas tunangnya itu, semakin cantik dan berseri. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan Nabila di sini. Seharian dia keluar bersama bekas tunangnya itu sampai dia mengabaikan panggilan dari isterinya. Dia rasa bersalah terhadap isterinya itu tetapi dia tidak dapat menafikan bahawa dia merindui bekas tunangnya itu. Sebab itu dia bersetuju untuk keluar makan bersama Nabila apabila wanita itu mengajaknya tadi.

Bunyi telefon telah menyebabkan Farhat yang sedang mengelamun itu kembali ke realiti. Dia melihat pemanggil yang menelefonnya lalu dia tersenyum.

"Hello Bella."

"Hello Far, sorry kalau I ganggu you." Kedengaran suara Nabila di corong telefon.

"No lah. You tak ganggu pun. Kenapa you call I?"

"I nak ucap terima kasih sebab you belanja I makan. Nanti I belanja you makan pula ya?"

Farhat ketawa mendengar bicara wanita itu.

"Alah, you ni. Setakat I belanja makan apa lah sangat."

"Tak kira! Nanti I belanja you pula."

Tersenyum Farhat mendengar kata Nabila itu, "Yelah, nanti I tuntut. You jangan buat-buat lupa."

"No! I tak akan lupa."

"Okay Bella! I tunggu janji tu nanti."

Farhat sudah bertemu kembali bersama Nabila 😍

Lily Humaira (E-book Version)Where stories live. Discover now