B A B 8

20 1 0
                                    

"Maira, boleh I nak cakap sikit dengan you?"

"You nak cakap apa sayang?"

"I... I nak minta izin dengan you... I nak kahwin dengan Nabila."

Prang!

Hati Humaira seakan pecah setelah mendengar permintaan suaminya itu. Dia terkaku. Tidak menyangka dengan permintaan Farhat. Dia tahu selama ini Farhat selalu menghubungi Nabila. Mereka selalu keluar makan bersama-sama semasa bekerja. Dia tahu semua itu kerana Farhat sering memberitahunya. Setelah lelaki itu menceritakan perkara sebenar kepadanya dahulu, suaminya itu tidak pernah menyorokan apa-apa dengannya. Semua hal berkaitan suaminya dan Nabila dia tahu kerana lelaki itu selalu bercerita kepadanya.

"You akan ceraikan I ke?" tanya Humaira perlahan.

"No sayang! I tak akan ceraikan you. I sayangkan you. You isteri I," balas Farhat pantas. Mana mungkin dia menceraikan isterinya itu.

Dia sayangkan Humaira. Cuma dia tidak dapat melupakan Nabila, hatinya masih mencintai wanita itu. Jadi dia nekad untuk berkahwin dengan Nabila.

"You betul nak kahwin dengan dia?"

"Ya sayang. You pun tahu I masih cintakan dia. Hati I masih tak dapat nak lupakan dia. I minta maaf kalau permintaan I ni menyakitkan hati you. Tapi I janji I akan berlaku adil."

"Kalau itu yang you nak, I izinkan." Habis sahaja bicara Humaira terus masuk ke dalam bilik tidur mereka.

Dia menangis di situ. Hatinya sakit mendengar permintaan suaminya. Dia tahu sekiranya dia menghalang Farhat dari berkahwin dengan Nabila, lelaki itu pasti kecewa. Dia cintakan Farhat sepenuh hatinya, sekiranya dengan memberi keizinan untuk berkahwin dapat membuatkan lelaki itu bahagia dia sanggup. Biarlah dia beralah untuk kebahagiaan suaminya itu.

---------- L I L Y H U M A I R A ---------

"Maira, you betul tak nak ikut I?"

"Tak nak lah. Lagipun I ada photoshoot petang ni," kata Humaira sambil memakaikan butang baju melayu suaminya.

Selepas dua bulan Farhat menyatakan hasratnya untuk berkahwin lain, hari ini merupakan hari persandingan antara lelaki itu dengan Nabila. Tiga hari lepas suaminya telah sah menjadi suami kepada Nabila.

Dia turut menghadiri semasa suaminya bernikah dengan Nabila cuma hari ini, majlis persandingan mereka dia tidak hadiri. Tidak mahulah dia menghadiri majlis itu. Dia tidak sanggup untuk melihat suaminya duduk di atas pelamin bersama wanita lain.

Humaira pernah bertemu sekali sahaja bersama Nabila. Itupun sebelum wanita itu menjadi madunya. Tidak dia nafikan walaupun Nabila sudah mempunyai seorang anak, wanita itu sangat cantik orangnya. Nabila juga sangat baik dengannya dan wanita itu sangat lemah lembut apabila berbicara. Tidak hairanlah sekiranya suaminya itu masih tidak dapat melupakan Nabila.

"Betul ni?" tanya Farhat sekali lagi. Dia memeluk pinggang isterinya itu lalu dikucup dahi wanita itu.

Humaira tersenyum menerima kucupan itu. Dia sebak, tidak sangka dia sekuat ini memberi keizinan kepada suaminya untuk berkahwin lain.

"Betul. Lagipun I ada kerja."

Humaira lantas memeluk tubuh suaminya itu lalu dalam sebak dia membisik di tepi telinga Farhat, "Selamat pengantin baharu suamiku. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. I doakan you akan sentiasa bahagia dengan cinta pertama you."

Farhat membalas pelukan isterinya itu, "Terima kasih sayang. I janji I akan berlaku adil."

Setelah menghantar pemergian suaminya, Humaira duduk di atas katil. Matanya jatuh merenung bingkai gambar perkahwinan antara dia dan Farhat. Lantas dipeluk bingkai gambar itu. Dia menangis semahu yang mungkin untuk menghilangkan rasa sakit di dalam hatinya. Hatinya tidak kuat untuk berkongsi kasih.

Dia tidak menyangka tidak sampai setahun usia perkahwinanya dia telah di madukan oleh suaminya sendiri. Dengan keizinan yang diberi oleh dirinya sendiri pula. Sakit hatinya apabila dia terbayang Farhat dalam pelukan wanita lain.

Bagaimana dia mahu meneruskan kehidupannya seperti tiada apa-apa yang berlaku sedangkan hatinya sakit menerima keadaan ini.


Jangan risau. Farhat cakap dia akan berlaku adil 😍

Lily Humaira (E-book Version)Where stories live. Discover now