"So, dengan kekurangan I sekarang pun I dah boleh agak you seorang yang macam mana Ayyara..."-Hail "Pardon?"-Ayyara Hail sendiri menunjukkan rasa kurang senang bila berkenalan dengannya namun Hail juga yang mengikat hubungan mereka. Kalau tidak suka, kenapa beria sangat mahu jadikan Ayyara sebagai isteri? "Macam mana you tahu, situ ada suis?"-Ayyara "Naluri hati I"-Hail Saat satu hakikat yang merobek hati terbongkar, semua petunjuk dan klu yang Ayyara dapat selama ini menjadi satu jalan cerita. Runa Ayyara terngadah. "I nak berterus-terang dengan you, Yarra..."-Hail "I dah tahu...."-Ayyara