Hazrin Malik, seorang lelaki yang jauh dari ajaran agama islam. Bertatu, minum arak dan sebagainya. Kerana perilakunya yang sebegitu hidupnya jadi sengsara. Namun, hidup nya berubah apabila dia bertemu dengan seorang wanita ayu bernama Hawa Melda. Apabila Hazrin memandang wanita itu seketika hatinya berdegup laju seperti ada rasa yang dia tidak ketauhi apa itu. Hari demi hari wajah wanita itu selalu terlintas dia minda nya. Tetapi Hawa Melda tidak menyukai lelaki yang berperilaku seperti itu, jauh dari agama."Aku akan ubah hidup aku jadi lebih baik" niat Hazrin apabila mengetahui tentang hal itu Hawa Melda, seorang wanita yang trauma akibat suatu insiden sewaktu kecilnya. Akibat insiden itu dia jadi pendiam dan murung. Dia tidak mahu berkenalan dengan sesiapa lagi selain rakan rakan nya. Hal ini membuat Hazrin makin susah untuk mendapatkan hati Hawa. Tetapi Hazrin tidak akan berputus asa, dia akan cuba untuk membuat hati Hawa terbuka untuk nya